Bagi ibu yang baru pertama kali menyusukan cahaya mata, sasaran untuk menyusu sehingga 2 tahun mungkin dirasakan seperti sesuatu yang mustahil atau sangat sukar untuk dicapai. Kuncinya adalah dengan merai dan membahagikan kejayaan tersebut kepada sasaran-sasaran kecil yang lebih mudah diuruskan.
Ibu boleh menetapkan sasaran secara berperingkat seperti berikut:
-
Target Permulaan: Tetapkan sasaran untuk berjaya menyusu selama satu minggu dahulu.
-
Peringkat Awal: Selepas berjaya seminggu, tambahkan sasaran menjadi 2 minggu, kemudian 1 bulan, dan seterusnya 3 bulan.
Rasa nak reward diri masa ni? Silakan
Kalian berhak sebab 3 bulan juga bukan tempoh yang mudah nak dilalui bila bayi asyik menangis, mulalah orang cakap 'sebab tak cukup susu' dan sebagainya.
-
Peringkat Pertengahan (Diploma): Teruskan usaha sehingga mencapai 6 bulan. Pada tahap ini, ibu biasanya sudah mahir menguruskan hasil perahan dan boleh meraikan kejayaan mencapai 'diploma' dalam penyusuan.
-
Fasa Makanan Pelengkap: Selepas 6 bulan, bayi mula makan dan cabaran biasanya mula berkurang. Pejam celik, eh dah 1 tahun. Masa tu ibu rasa, mudahnya penyusuan. Ketika itu, penyusuan ibu akan menjadi sekadar 'kudap-kudapan' kerana sumber nutrisi utama bayi adalah daripada makanan.
-
Peringkat Akhir (PHD): Tahu-tahu, ibu akan sampai ke sasaran 2 tahun dan berjaya mendapat 'PHD' dalam dunia penyusuan.
Penting untuk Ibu Ingat:
-
Berikan Sokongan, Bukan Penghakiman: Jika anda telah berjaya, bantulah ibu-ibu lain yang masih bergelut dengan berkongsi sumber penyusuan yang sahih. Elakkan perasaan hasad dengki terhadap mereka yang belum berjaya.
-
Cari Ilmu yang Betul: Kegagalan atau masalah seperti bengkak susu melarat dan kemurungan sering berlaku kerana kurangnya ilmu atau merujuk kepada ajaran yang salah. Pastikan anda sentiasa menuntut ilmu daripada pakar yang bertauliah.
-
Hargai Diri Sendiri: Jangan teragak-agak untuk memberi ganjaran (reward) kepada diri sendiri setiap kali anda berjaya mencapai sasaran kecil yang ditetapkan.
Semoga perjalanan penyusuan anda dipermudahkan sehingga mencapai matlamat yang diimpikan.