TIPS KURANGKAN RASA LETIH SEMASA PUASA

Written on 01/07/2026
numommalaysia


Menjalani ibadah puasa sebagai ibu menyusu memerlukan daya tahan fizikal yang lebih kuat. Rasa letih yang melampau kadangkala boleh mengganggu fokus dan emosi ibu.

Bagi memastikan mommies kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari, berikut adalah beberapa langkah praktikal yang boleh diamalkan:

1. Jangan skip sahur. Bersahur bukan sekadar sunnah, tapi sumber tenaga utama untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

2. Lewatkan waktu sahur. Bersahur hampir dengan waktu imsak supaya tenaga yang diperoleh tahan lebih lama ketika berpuasa.

3. Cukupkan minum air. Walaupun berpuasa, pastikan cukup hidrasi pada waktu malam hingga sahur untuk elakkan kekurangan cecair.

4. Kurangkan garam & kafein. Makanan tinggi garam dan minuman berkafein buat kita cepat haus jadi kawal pengambilannya.

5. Kawal aktiviti berat. Elakkan aktiviti luar yang memenatkan ketika berpuasa. Simpan tenaga untuk perkara penting sahaja.

6. Ibu menyusu, teruskan jadual. Susukan bayi dengan kerap jika bersama, dan kekalkan jadual perahan susu jika berjauhan untuk memastikan penghasilan susu kekal stabil.

7. Buka puasa dengan kurma. Kurma kaya nutrisi dan membantu pulihkan tenaga dengan cepat selepas seharian berpuasa.


Dengan mengamalkan tips di atas, diharapkan ibu-ibu menyusu dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang tanpa rasa letih yang keterlaluan. Ingatlah untuk sentiasa mendengar isyarat badan anda dan jangan ragu-ragu untuk berehat sekiranya perlu. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan buat anda dan si manja!