“Makan Ilmu, In Shaa Allah Susu Meriah!” – Kenapa Saya Jawab Macam Tu? 🤔
“Makan ilmu, in shaa Allah susu meriah,” jawab saya ringkas.
Terkedu staf saya bila dengar jawapan spontan tu waktu kami tengah live. Agaknya mereka jangkakan saya akan bagi senarai makanan penggalak susu (milkbooster) yang panjang berjela, tapi saya pilih untuk sebut tentang ILMU.
Kenapa?
Sebab bila kita ada ilmu, hati kita jadi yakin. Kita takkan mudah panik. Kita tahu bila susu sebenarnya CUKUP, jadi kita takkan obses mengejar susu yang BANYAK sampai menyeksa emosi diri sendiri.
Obsesi "Susu Banyak" Boleh Jadi Perangkap! 🛑
Mungkin ada yang tanya, “Eh, tak penting ke susu banyak, Bos?”
Bukan tak penting. Tapi bila ibu terlalu fokus nak penuhkan peti ais semata-mata, ibu mula stres bila tengok hasil pam tak semeriah orang lain. Padahal, susu ibu tu dah cukup sangat untuk keperluan bayi.
Bila ibu tertekan, di sinilah bahayanya. Ibu tahu tak, emosi ibu adalah 'suis' kepada Hormon Oksitosin?
-
Oksitosin = Hormon Cinta & Pengeluaran Susu.
-
Hormon ni sangat manja. Kalau ibu ragu-ragu, tak yakin, atau terlalu risau, hormon ni akan 'merajuk' dan terganggu.
-
Sebab tu saya selalu pesan: Ibu kena tenang, barulah menang!
Bila Ayah Mula "Berdamai Dengan Takdir"
Alhamdulillah, tahun ini masuk tahun kedua kami anjurkan Seminar Mega Penyusuan. Ini bukan seminar biasa-biasa, kami buat setahun sekali sahaja dengan pengisian padat dari pagi sampai petang.
Kenapa saya beria sangat nak ibu ayah datang?
Sebab saya nak dengar lagi feedback macam tahun lepas. Ada seorang ayah beritahu saya, lepas balik seminar, dia rasa lebih tenang dan mudah berdamai dengan takdir. Dia dah tak stres bila anak menangis sebab dia dah tahu: Anak menangis bukan bermakna susu tak cukup. Bila ayah faham, beban di bahu ibu pun rasa ringan.
Jadi, Nak Makan Apa Bagi Susu Meriah? 🍲
Saya tak pernah menentang mana-mana makanan milkbooster. Silakan ambil, ia memang membantu sebagai usaha tambahan.
Tapi ingat, makanan sedap macam mana pun takkan berkesan kalau ibu tak faham konsep Demand & Supply. Ibu kena faham bagaimana 'kilang' susu ibu bekerja. Bila ilmu dah penuh di dada, nak bagi susu meriah pun jadi mudah, nak susukan anak sampai 2 tahun pun rasa indah.
Ibu ayah dah sedia nak "makan ilmu" dengan kami tahun ni?