"Bila Patut Start Pam?" – Panduan Jadual Pam Susu: Dari Berpantang Hingga Kembali Bekerja
Satu soalan yang paling banyak masuk ke inbox saya: "Bos, bila masa sesuai nak mula buat stok susu? Macam mana nak susun jadual pam?"
Ramai ibu terlalu awal "berperang" dengan mesin pam sedangkan badan masih penat selepas bersalin. Jom kita susun strategi yang betul supaya ibu tak stres dan bekalan susu tetap meriah.
1. Bulan Pertama: Rehat & Fokus "Direct Feeding"
Dalam tempoh sebulan pertama, simpan dulu mesin pam itu.
-
Kenapa? Fokus sepenuhnya pada penyusuan terus (DF). Ini waktu emas untuk ibu belajar ragam bayi dan untuk bayi belajar melekap dengan betul.
-
Hormon Tengah "Menggila": Pada fasa ini, hormon penyusuan ibu sangat tinggi. Tubuh sedang "belajar" berapa banyak susu yang bayi perlu.
-
Risiko Pam Terlalu Awal: Jika ibu terlalu kerap mengepam sekarang, badan akan hasilkan susu berlebihan (oversupply). Kesannya? Ibu akan kerap bengkak susu, sakit payudara, dan akhirnya emosi terganggu.
Pengecualian: Jika bayi di wad NICU atau tak dapat bersama ibu, barulah ibu wajib memerah ikut jadual untuk bekalkan susu pada bayi.
2. Selepas Sebulan: Mula Secara Santai
Bila bayi dah masuk usia sebulan lebih, barulah mula perah untuk stok.
-
Jangan Gelojoh: Tak perlu jadual ketat lagi. Cukup sekadar 1 hingga 2 sesi sehari.
-
2oz Itu Normal: Jangan sedih kalau dapat sikit. Kalau konsisten 2oz x 2 sesi sehari, sebulan ibu dah ada 120oz! Itu pun dah boleh penuh peti ais dua pintu tau!
3. Rutin Kembali Bekerja: Kekalkan Konsistensi
Apabila dah masuk kerja, jadual yang konsisten adalah kunci untuk kekalkan supply. Jarakkan sesi pam setiap 3 hingga 4 jam.
Contoh Jadual Pam Di Pejabat:
-
Sesi 1: 8.00 Pagi (Sebelum start kerja/sambil buat emel)
-
Sesi 2: 11.00 Pagi
-
Sesi 3: 2.00 Petang (Lepas lunch)
-
Sesi 4: 5.00 Petang (Sebelum balik)
Tips: Kalau perjalanan jauh, ibu boleh pam dalam kereta (guna handsfree), tapi pastikan fokus pada pemanduan ya!
4. Tips "Pro" Untuk Ibu Bekerja
Untuk mudahkan urusan di pejabat:
-
Pakaian Mesra Menyusu: Ini adalah BONUS besar. Guna baju yang ada bukaan menyusu supaya ibu tak perlu selak baju sampai nampak perut. Lebih privasi, lebih cepat, dan lebih selesa terutamanya kalau bilik pam dikongsi.
-
Double Handsfree Pump: Supaya tangan ibu bebas untuk menaip atau buat kerja sambil mengepam.
Pesanan Khusus Dari Saya...
Ibu, jadual pam ini bukan "undang-undang" yang tak boleh diubah. Ia adalah panduan. Jika ada hari yang sibuk sangat sampai terlepas satu sesi, jangan hukum diri sendiri. Esok kita cuba buat balik dengan lebih baik.
Ketenangan emosi ibu adalah milkbooster nombor satu. Happy mom, happy milk!
Ibu yang dah kerja, pukul berapa sesi pam kegemaran ibu? Share sikit jadual ibu kat ruang komen!