Bagi sesetengah ibu, bengkak susu sangat ditunggu-tunggu kerana mereka percaya bengkak susu bagus bagi ibu-ibu menyusu.
Mitos; PAYUDARA BENGKAK = SUSU BANYAK
Bila payudara bengkak, memanglah nampak hasil perahan banyak bila ibu biar payudara penuh terlalu lama. Tapi susu yang akan lebih banyak terhasil waktu tu ialah foremilk (susu yang lebih cair) berbanding hindmilk (susu yang mengandungi lemak yang tinggi).
Dan breast pun akan terima banyak hormon FIL (feedback inhibitor lactation) yang akan mengurangkan penghasilan susu pada waktu-waktu berikutnya. Dan lama-lama penghasilan susu akan berkurang kerana permintaan berkurangan bila ibu-ibu sengaja atau mungkin tak sempat nak perah dalam jarak masa yang lama.
✅ Ibu yang direct feeding, pastikan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga tempoh yang secukupnya sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi. Ini adalah penting supaya bayi mendapat hindmilk yang mencukupi.
✅ Ibu EPMOM pastikan lepas memerah dengan pam, lakukan marmet sehingga payudara terasa lembut. Ini penting untuk mengelakkan risiko payudara ibu tersumbat dengan susu yang tak keluar secara optimum.
➡️ Tempoh 5-8 minit pertama, bayi akan mendapat foremilk.
➡️ Dan hindmilk akan keluar lebih kurang selepas 8-10 minit.
➡️ Hindmilk mengandungi molekul lemak yang lebih besar, kerana itu hindmilk lebih lambat keluar kerana 'memberi laluan' kepada molekul susu lain yang lebih kecil untuk keluar dahulu.
Jika ibu alami bengkak susu dan rasa sakit dan ibu rasa seperti ada ketulan, usah berlengah. Dapatkan pemeriksaan doktor dahulu jika ibu bimbang. Kemudian ibu boleh dapatkan bantuan terapis yang mahir dalam urutan laktasi untuk lancarkan saluran susu yang tersumbat.
Langkah Utama Mengatasi Bengkak Susu
-
Susukan bayi dengan kerap: Menyusui setiap 2–3 jam membantu mengosongkan payudara dan mengurangkan tekanan.
-
Pastikan pelekatan (latch) bayi betul: Posisi yang salah boleh menyebabkan susu tidak keluar sepenuhnya dan menambah rasa bengkak.
-
Urutan lembut payudara: Urut dari bahagian luar ke arah puting untuk melancarkan aliran susu.
-
Kompres hangat sebelum menyusu: Membantu membuka saluran susu dan memudahkan aliran.
-
Kompres sejuk selepas menyusu: Mengurangkan bengkak dan rasa sakit.
-
Pam susu jika bayi tidak menyusu cukup: Mengosongkan payudara untuk mengelakkan susu bertakung.