Assalammualaikum dan hai mommies semua! 🌸
Pernah tak mommies rasa pelik, kenapa bila kita tengok muka anak rasa tenang sangat, tiba-tiba susu boleh menitis sendiri? Tapi bila kita tengah stress, berkejar-kejar buat kerja, atau rasa tak selesa nak mengepam kat pejabat, eh... susu macam malu-malu pula nak keluar!
Betul, prinsip penyusuan memang 'Demand and Supply'. Tapi ada satu lagi kunci utama yang ramai ibu terlepas pandang, iaitu EMOSI.
Jom saya kongsikan tentang dua "hero" di sebalik tadbir penyusuan kita:
1. Hormon OKSITOSIN (Hormon Cinta & Pengeluaran)
Hormon ni tugas dia sangat penting untuk mengeluarkan susu (refleks ejeksi susu atau Let-Down Reflex).
-
Bila dia muncul? Bila mommies rasa gembira, tenang, dan rasa penuh kasih sayang. Masa ni, otot kecil kat payudara akan mengecut dan "memerah" susu keluar dengan lancar.
-
Kelebihannya: mommies akan rasa lebih ceria, kurang rasa stress (sebab dia lawan hormon adrenalin!), dan buatkan mommies rasa lebih penyayang serta tenang bila berkomunikasi.
-
Cabaran: Sebab itulah kalau mommies rasa resah, malu (contohnya kena pam kat tempat terbuka), atau tengah serabut, hormon ni akan "merajuk". Susu ada dalam payudara, tapi dia susah nak keluar.
2. Hormon PROLAKTIN (Hormon Penghasilan)
Kalau Oksitosin tugasnya keluarkan susu, Prolaktin pula tugasnya untuk menghasilkan atau "memasak" susu dalam kilang kita.
-
Kelebihannya: Menariknya, hormon ni buatkan mommies jadi lebih peka (instinct) pada kehendak bayi. Ia juga memberi kesan relaks bukan saja pada mommies, malah pada bayi juga tau.
Sebab itu ,mommies-mommies jangan paksa diri sampai terlalu stres. Walaupun kita mungkin penat dengan urusan harian, kehadiran dua hormon penyusuan ni sebenarnya adalah "antidote" semula jadi untuk turunkan tahap stress mommies.
Penyusuan ni satu perjalanan emosi. Jaga hati, jaga emosi, insya-Allah susu pun lancar!
Terus kuat ya mommies-mommies semua! ❤️