JIKA TEMPOH PERJALANAN HANYALAH 3-5 HARI, TIDAK PERLU BEKUKAN SUSU MOMMIES.
Simpan di bahagian chiller sahaja kerana susu sejuk (chilled EBM) lebih mudah diurus berbanding susu beku (frozen EBM). Jika tempoh perjalanan lebih 5 hari, bekukan susu yang telah melebihi tempoh 5 hari sahaja.
Dan lihat tempoh mommies berada di luar negara. Kalau mommies berada di luar negara selama 10 hari:
-
Bekukan 5 hari pertama
-
5 hari berikutnya dalam keadaan chill sahaja.
Membawa pulang susu sejuk (chilled EBM) lebih mudah. Menggunakan ice pack yang mencukupi sudah memadai. Tetapi jika mommies bawa pulang susu beku, langkah berikut perlu dilakukan:
PERSEDIAAN BARANG:
-
Cooler box atau polystyrene box.
-
Surat khabar (untuk alas bahagian bawah supaya tak basah sangat).
-
Garam (untuk ditabur pada ais supaya tahan lama).
-
Selotep + gunting (untuk seal box).
-
Ais (boleh buat sendiri atau beli – kat luar negara ais biasanya mahal).
-
Marker (nak tulis di cooler box, storage bag dll).
CARA PACKING:
-
Susun susu dan ais secara layer by layer.
-
Taburkan garam diatas ais untuk melambatkan proses peleburan air (ais mencair).
-
Seal dengan baik box tu dan insya-Allah susu selamat untuk perjalanan 8-16 jam.
Tips yang sama boleh juga dilakukan untuk mommies lain yang perlu berjalan jauh dalam negara. Saya check-in semua susu saya dalam beg. Kalau tiada beg, cooler box yang sesuai sudah memadai. Kalau nak wrap lagi dengan plastik pun boleh juga di bahagian luar box itu.
NOTA MUSIM: Pam susu kalau waktu musim sejuk di luar negara best sebab tak payah bawa ice pack. Macamsentiasa dalam chiller. Kalau musim panas, kenalah bawa ice pack setiap masa.