Penyusuan Susu Ibu Sebagai Pencegah Kehamilan

Written on 06/30/2026
numommalaysia


 Merancang kehamilan adalah isu yang amat penting untuk sesebuah keluarga.

Mengapa Perlu Merancang Kehamilan? Merancang kehamilan bermaksud menentukan bilakah waktu yang sesuai untuk menambah bilangan anak, jarak kehamilan antara setiap anak, serta berapa bilangan anak yang diingini. Antara faedah merancang kehamilan termasuklah:

  • Kesihatan Ibu Terpelihara: Memastikan mommies dalam keadaan sihat sebelum hamil semula, terutamanya bagi mommies yang berisiko tinggi. mommies sudah bersedia dari segi kesihatan tubuh badan, emosi, dan juga mental.

  • Ekonomi Keluarga Stabil: Suami dapat merancang kewangan serta menyediakan kelengkapan dan kemudahan asas yang diperlukan oleh setiap ahli keluarga mengikut kemampuan fizikal, mental, dan ekonomi keluarga.

  • Kebaikan Anak-Anak: Anak-anak mendapat kasih sayang, tumpuan daripada ibu bapa, pemakanan yang sihat dan seimbang termasuk pemberian susu mommies sekurang-kurangnya 6 bulan pertama atau sehingga berusia 2 tahun.

Pilihan Kaedah Perancang Kehamilan Terdapat pelbagai kaedah perancang yang boleh dipilih, antaranya:

  • Kaedah Semulajadi: Menentukan waktu subur (melalui suhu badan asas atau lendiran faraj), teknik azal (coitus interruptus), dan penyusuan susu mommies.

  • Kaedah Halangan & Hormon: Kondom, pil hormon, implan, suntikan, dan Alat Dalam Rahim / Intrauterine Device (IUD).



PENYUSUAN SUSU MOMMIES SEBAGAI PERANCANG KEHAMILAN (TEKNIK LAM)

Penyusuan adalah salah satu perancang kehamilan yang sangat efektif, selamat, dan mudah bagi wanita yang menyusukan untuk mengelak daripada hamil lagi. Kaedah semulajadi ini dikenali sebagai Lactational Amenorrhea Method (Teknik LAM), di mana proses ovulasi wanita tertangguh atau menjadi 'tidak subur' selepas melahirkan.

Bagaimanapun, terdapat 3 KRITERIA WAJIB yang harus dipenuhi untuk memastikan kaedah LAM ini efektif:

1. Belum Datang Haid: Mommies langsung tidak datang haid sejak melahirkan bayi.

2. Bayi Berusia 6 Bulan ke Bawah: Sebaik sahaja anak mencecah umur 6 bulan, keberkesanan LAM akan menurun.

3. Menyusu Sepenuhnya Secara Eksklusif: Bayi menyusu terus dari payudara dengan kerap siang dan malam, serta tidak diberikan sebarang makanan mahupun minuman lain (termasuk air masak atau susu formula).

Anda digalakkan untuk mendapatkan pandangan daripada Doktor di Klinik Kesihatan berdekatan untuk memilih perancang kehamilan yang paling bersesuaian dengan situasi anda.