MENURUT DR. JACK NEWMAN, RELAKTASI BERMAKSUD MEMULAKAN PENYUSUAN SEMULA DENGAN BAYI YANG SAMA SETELAH PENYUSUAN DIHENTIKAN.
Matlamat Utama Relaktasi:
-
Membawa bayi untuk kembali menyusu semula secara terus di payudara (direct feeding).
-
Meningkatkan semula penghasilan susu ibu supaya bayi dapat menyusu sepenuhnya dengan susu ibu tanpa memerlukan susu rumusan lagi.
9 LANGKAH YANG IBU BOLEH LAKUKAN UNTUK RELAKTASI
-
1. Disiplin Jadual Memerah Susu Memerah susu dengan menggunakan pam (sebaiknya gred heavy duty) sebanyak 8–12 kali sehari. Jika 8 kali bermaksud setiap 3 jam sekali, manakala 12 kali bermaksud setiap 2 jam sekali (durasi 20–30 minit). Penggunaan double pumping adalah lebih baik. Pada peringkat awal, ibu mungkin hanya pam 'angin'. Jangan kecewa, teruskan jadual dengan konsisten.
-
2. Kerapkan Sentuhan Skin-to-Skin Lakukan sentuhan kulit ke kulit secara intim. Bayi hanya memakai lampin (pampers) dan diletakkan meniarap di atas dada bogel ibu untuk merangsang naluri semula jadi dan hormon laktasi.
-
3. Tawarkan Payudara Secara Berkala Tawarkan payudara kepada bayi setiap 2 jam sekali. Ibu boleh memulakan langkah awal dengan menggesel puting payudara pada bahagian pipi dan hidung bayi bagi merangsang refleks mencari (rooting reflex).
-
4. Fasa Penerimaan Payudara (Trik Mengatasi Reject) Apabila bayi sudah mula menerima payudara, susukan bayi di sebelah payudara sekurang-kurangnya 20 minit untuk satu sesi.
-
5. Tingkatkan Demand Pasca-Menyusu Jika bayi sudah berjaya menyusu di payudara, ibu boleh meningkatkan lagi isyarat permintaan kilang susu dengan melakukan perahan kosong menggunakan pam selama 10–20 minit sejurus selepas sesi penyusuan selesai.
-
6. Atasi Ragam Aliran Perlahan Jika bayi nampak meragam kerana aliran susu di payudara masih perlahan pada peringkat awal, berikan bayi sedikit susu menggunakan cawan (cup feeding) sebelum memulakan sesi penyusuan di payudara untuk mengurangkan rasa bengang atau lapar melampau si kecil.
-
7. Amalkan Tandem Pumping Teruskan penyusuan di payudara dan dalam masa yang sama ibu boleh melakukan sesi perahan menggunakan pam pada payudara sebelah lagi secara serentak (tandem).
-
8. Menjaga Nutrisi & Hidrasi Tubuh Pastikan ibu minum air secukupnya untuk keperluan hidrasi fizikal dan amalkan pemakanan yang seimbang setiap hari.
-
9. Kekalkan Minda Positif & Emosi Tenang Ibu perlulah positif dan sentiasa yakin yang ibu boleh menjayakan proses relaktasi ini. Jika ibu tidak sabar dan tergesa-gesa, proses ini mungkin lambat untuk berjaya. Tenang dan bersyukurlah untuk setiap titisan yang keluar.
Nota Penting Pengambilan Ubat:
Pengambilan sebarang ubat-ubatan stimulasi laktasi (galactagogue) untuk tujuan relaktasi perlulah merujuk kepada doktor bagi mengetahui tahap kesihatan ibu dan dos yang bersesuaian.