Seminar Breastfeeding is Essential telah berlangsung dengan jayanya di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur pada 18April 2026 yang lalu.
Program berimpak tinggi ini telah menghimpunkan seramai 240 peserta yang komited untuk menimba ilmu demi menyambut kehadiran permata hati tercinta.
Barisan Speaker Program
Program kali ini menampilkan 6 speaker berkredibiliti:
1. Puan Nad Masrom
(Kaunselor Laktasi dan Penasihat Tidur dan Tangisan Bayi 0-3bulan)
2. Puan Elpeni Ramli
(Jururawat Laktasi)
3. En. Syed Hussien
(Pengasas Tungbayee)
4. Dr Adli Hidayat
(Doktor Residen)
5. Puan Syuhada Thobari (Kak Syud)
(Kaunselor Laktasi, Kaunselor Tangisan & Tidur Bayi)
6. Puan Naimah Yasir
(Top 20 World Championship Massage Therapist)
Sorotan Program
Sepanjang slot berlangsung, seramai 6 orang pakar jemputan telah berkongsi pelbagai modul praktikal yang sangat dekat di hati para bakal ibu dan ayah. Antara pengisian utama termasuklah:
- Seni Penyusuan Susu Ibu dan Kejayaan Penyusuan Awal Kelahiran
- Teknik Urutan Meriahkan Susu
- Pengurusan Bayi Baru Lahir
- Tips Urus Uri
- Tips Pengurusan Susu Perahan
- Langkah Keselamatan Bantu Bayi Tersedak Susu
- Teknik Pantas Tenangkan Bayi Menangis
- Teknik Urutan Meriahkan Susu & Cara Atasi Bengkak Susu
Suasana Acara
Dewan persidangan menyaksikan komitmen luar biasa daripada setiap pasangan yang hadir. Paling mencuri tumpuan adalah kesungguhan para suami yang begitu teliti menguasai kemahiran asas penjagaan bayi demi menyokong isteri tercinta.
Kami mendoakan agar modul dan tips yang dipelajari dapat diaplikasikan dengan jayanya bagi memastikan fasa awal kelahiran berjalan dengan lancar dan harmoni.
"Ilmu penyuluh langkah dalam fasa penyusuan dan penjagaan anak." Syabas dan terima kasih kepada semua peserta serta barisan penceramah yang berkongsi kepakaran tanpa bersisa!