Ini antara 5 tips penting yang boleh membantu para ibu:
1. Sediakan Baju Menyusu Khas Kalau boleh, pilih baju raya yang ada bukaan khas untuk menyusu, contohnya jenis “selak” atau “zip tersembunyi”. Ia memudahkan mommies untuk menyusu bayi bila-bila masa tanpa rasa susah atau tak selesa.
2. Alternatif Jika Tiada Baju Menyusu Tak mengapa! mommies boleh pakai tudung yang lebih labuh atau bawa nursing cover. Kedua-duanya boleh memberi privasi yang cukup semasa menyusu di tempat terbuka atau di rumah sanak-saudara.
3. Keluarkan Susu Ikut Waktu Jangan skip sesi menyusu atau perahan! Sama ada secara direct feeding atau guna pam susu, pastikan susu dikeluarkan mengikut jadual asal. Ini penting untuk mengelakkan risiko bengkak susu semasa sibuk beraya.
4. Bawa Air Masak Kosong Sendiri Waktu raya, air manis memang merata-rata dihidangkan, tapi air masak pula kadangkala susah nak jumpa. Pengambilan air manis yang terlalu banyak boleh mempengaruhi kesihatan dan penghasilan susu. Jadi, sentiasa bawa botol air masak sendiri ke mana-mana.
5. Bersiap Sedia Dengan Pam Susu Waktu raya, hormon oksitosin (oxytocin) boleh meningkat secara semula jadi apabila kita gembira berjumpa keluarga, kawan-kawan, dan makan makanan sedap. Keadaan ini kadangkala membuatkan payudara tiba-tiba jadi penuh dan bengkak.Ditambah pula situasi di mana bayi enggan menyusu kerana terlalu letih (overtired) dengan suasana bising, pam susu akan menjadi penyelamat utama untuk mengosongkan payudara dan mengelakkan bengkak.
Jadi, dengan tips ini mommies boleh enjoy beraya tanpa stres, terhindar daripada bengkak susu, dan bebas daripada rasa tak selesa sepanjang musim perayaan.