3 TIPS MENYUSU UNTUK IBU YANG ADA PAYUDARA BESAR
Menyusu dengan payudara besar kadang-kadang boleh jadi mencabar kerana ia mudah menutup muka bayi, mencetuskan risiko bayi lemas, atau membuatkan mommies rasa cepat lenguh. Namun, dengan teknik yang betul, sesi menyusu boleh menjadi lebih selesa dan selamat.
1. Guna Posisi Biologikal (Laid-Back Breastfeeding) mommies boleh cuba posisi menyusu sambil bersandar ke belakang. Bayi diletakkan meniarap di atas dada atau perut mommies. Posisi ini sangat membantu mengelakkan muka bayi tertutup oleh berat payudara, sekali gus membolehkan bayi menyusu dengan lebih selamat dan relaks.
2. Jaga Postur Semasa Menyusu Elakkan menyusu dalam keadaan badan membongkok ke arah bayi. Sebaliknya, letakkan bantal sokongan di bahagian belakang badan dan gunakan nursing pillow di bahagian hadapan untuk mengampu bayi. Langkah ini membantu bahu mommies lebih relaks dan mengurangkan rasa lenguh atau sakit belakang apabila menyusu lama.
3. Praktikkan Teknik “Breast Sandwich” Sebelum memulakan sesi penyusuan, kepit dan mampatkan sedikit payudara menggunakan jari (membentuk huruf C atau U) mengikut kesesuaian saiz mulut bayi supaya mudah melakukan lekapan (latch-on). Teknik ini membantu mengelakkan tisu payudara berlebihan daripada menutup hidung bayi, selain memberikan kawalan kedudukan yang lebih baik kepada mommies.