Posisi ini sangat sesuai untuk ibu yang memerlukan lebih kawalan terhadap kepala dan pelekapan bayi, terutamanya jika:
-
Bayi mempunyai tongue tie atau kesukaran melekap.
-
Bayi jaundis dan mudah mengantuk semasa menyusu.
-
Ibu mempunyai payudara yang besar, menjadikan pelekapan lebih mencabar.
-
Ibu masih tidak selesa dengan posisi cradle hold atau baru belajar menyusukan bayi.
-
Bayi pramatang atau bersaiz kecil yang memerlukan sokongan kepala dan leher yang lebih baik.
Cross-cradle memberi ibu kawalan yang lebih baik untuk membimbing bayi mendapatkan pelekapan (latch) yang lebih dalam dan efektif.