SETIAP TITISAN SUSU IBU (EBM) ADALAH REZEKI YANG SANGAT BERHARGA UNTUK SI KECIL
Bagi mommy menyusu sama ada yang bekerja mahupun exclusive pumping mom perlu memahami cara penyimpanan susu perahan mengikut suhu dan tempoh yang betul. Langkah penyimpanan yang tepat dapat memastikan kualiti, nutrisi, dan khasiat semula jadi susu mommy sentiasa terpelihara sebelum diberikan kepada si kecil.
PANDUAN TEMPOH & SUHU PENYIMPANAN SUSU MOMMY
- Suhu Bilik (25°C - 32°C)
- Tempoh Simpan: 4 jam sahaja.
- Sesuai Untuk: Susu perahan segar yang akan terus diberikan kepada bayi dalam masa terdekat.
- Bilik Berhawa Dingin (15°C - 25°C)
- Tempoh Simpan: 4 hingga 6 jam.
- Sesuai Untuk: Penyimpanan sementara di pejabat atau bilik bersuhu dingin.
Peti Sejuk Bahagian Bawah / Chiller (4°C atau lebih rendah)
- Tempoh Simpan: 3 hingga 5 hari.
- Tips: Letakkan stok susu di bahagian dalam (back shelf) yang paling sejuk. Elakkan meletakkan susu pada pintu peti sejuk kerana suhunya kerap berubah setiap kali pintu dibuka.
- Cooler Bag Bersama Ice Pack/Ice Gel (-15°C hingga 4°C)
- Tempoh Simpan: 24 jam.
- Sesuai Untuk: Mommy bekerja yang mahu membawa pulang susu perahan dari tempat kerja atau semasa dalam perjalanan (travel).
3 TIP PENTING MENGENDALIKAN STOK SUSU IBU
- Gunakan Label: Sentiasa tulis tarikh dan masa perahan pada plastik simpanan atau botol susu.
- Simpan Dalam Kuantiti Sekali Minum: Bekukan susu dalam jumlah kuantiti yang biasa diminum bayi untuk satu sesi (contoh: 2 hingga 4 onz). Ini dapat elakkan pembaziran susu yang tidak habis diminum.
- Jangan Bekukan Semula Susu Yang Dah Dicairkan: Susu perahan yang telah dicairkan (thawed) dari bahagian freezer hendaklah disimpan dalam chiller dan dihabiskan dalam masa 24 jam. Elakkan membekukan semula susu tersebut!
Semoga panduan ringkas ini memudahkan pengurusan stok susu mommy di rumah. Penyusuan jadi lebih tenang apabila kita ada ilmu dan persiapan yang betul!