MENYENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU ADALAH LANGKAH PENTING UNTUK MEMASTIKAN SI KECIL KEKAL SELESA DAN BEBAS DARIPADA KEMBUNG PERUT.
Pernahkah mommies perhati bayi kembung atau gelisah selepas menyusu? Udara yang terperangkap dalam saluran esofagus dan perut boleh menyebabkan ketidakselesaan jika tidak dikeluarkan. Mari kita pelajari 2 cara betul menyendawakan bayi serta situasi bila bayi perlu disendawakan.
2 CARA BETUL MENYENDAWAKAN BAYI
-
Cara 1: Posisi Sandar Di Bahu
-
Pegang bahagian kepala dan leher bayi dengan selamat.
-
Sandarkan badan dan dada bayi pada bahagian bahu Mommy.
-
Tepuk bahagian belakang bayi secara perlahan-lahan ke atas.
-
Hasilnya: Udara yang terperangkap dalam saluran esofagus dapat naik ke atas dan keluar, manakala susu akan turun dengan lancar ke perut, menjadikan bayi lebih lega.
-
-
Cara 2: Posisi Duduk Di Pangkuan
-
Dudukkan bayi di atas pangkuan Mommy.
-
Ampu dan sokong leher/dada bayi dengan lembut menggunakan tapak tangan (pastikan tidak memegang atau mencekik leher bayi).
-
Bongkokkan sedikit badan bayi ke hadapan dan tepuk belakangnya secara perlahan-lahan.
-
ADAKAH SEMUA BAYI WAJIB DISENDAWAKAN?
-
Bayi Minum Susu Botol (Wajib Sendawa):
Sama ada menggunakan botol biasa atau anti-colic, potensi untuk udara terperangkap dalam perut bayi yang menyusu melalui botol adalah sangat tinggi. Oleh itu, menyendawakan bayi adalah langkah yang sangat perlu untuk memberi keselesaan.
-
Bayi Menyusu Secara Direct (Direct Breastfeeding):
Jika bayi menyusu di payudara dengan lekapan (latch-on) dan posisi yang betul, potensi udara terperangkap adalah sangat rendah.
-
Tip: Jika bayi tertidur secara semula jadi selepas menyusu direct, Mommy tidak perlu bersusah-payah kejutkan atau menyendawakannya!
-