Penyusuan Ketika Banjir

Written on 01/08/2026
numommalaysia


Penyusuan susu ibu adalah pemakanan paling selamat kepada bayi ketika bencana (banjir).

✅ Ibu perlu diberi keyakinan dan sokongan untuk meneruskan penyusuan susu ibu tanpa perlu menggantikan dengan susu formula.

✅ Bagi ibu yang memberikan susu formula, disarankan oleh WHO untuk memberikan susu bayi sedia diminum (ready-to-drink)


Antara bantuan yang boleh diberikan oleh NGO kepada ibu ketika banjir:

➡️  Kain sarong / nursing cover (untuk keselesaan menyusu)

➡️ Makanan tinggi tenaga

➡️ Makanan penggalak susu

➡️ Air/minuman yang mencukupi

➡️ Tempat tertutup (ruang privasi) untuk ibu menyusu

➡️ Sokongan moral untuk meneruskan penyusuan



Semasa banjir 2014, UNICEF Malaysia membekalkan biskut tenaga tinggi yang berkhasiat. Makanan ini bukan sahaja untuk tenaga, malah mampu menggalakkan penyusuan

Kerapkan penyusuan secara terus (diect feeding) dan mengurangkan penggunaan botol kerana botol boleh menyebabkan jangkitan kuman sekiranya tiada sumber air yang bersih untuk mencuci.

✅ Bagi ibu-ibu yang selamat dari bencana dan berhasrat untuk menyusukan bayi semula, boleh lakukan relaktasi sebagai langkah persediaan mengadakan semula susu (jika ibu dah berhenti menyusu).

Sumber dari: Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman.

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi Bertauliah