Waktu raya ni, bayi kita sangat mudah dijangkiti penyakit. Yalah, banyak pergi ziarah rumah sanak saudara, kawan-kawan. Di setiap rumah pula mungkin ada jenis kuman yang berbeza. Jadi macam mana nak lindungi baby kita raya nanti?
Badan ibu akan menghasilkan antibodi serta-merta apabila terdedah dengan sebarang kuman. Dan antibodi ini boleh disalurkan secara pasif kepada bayi kita melalui susu ibu.
-
Kerapkan penyusuan secara terus – Susu ibu mempunyai antibodi dan setiap kali mommies terdedah pada persekitaran, badan mommies akan hasilkan antibodi untuk adapt dengan persekitaran tersebut. Jadinya dinasihatkan supaya mommies kerapkan penyusuan secara terus.
-
Ibu EPMOM, boleh kerapkan memerah – Kalau mommies tak dapat nak susukan baby, baby tengah tidur ke, boleh kerapkan memerah susu supaya susu dengan antibodi tersebut dapat disimpan. Nanti baby dah bangun, boleh beri baby minum.
Adalah lebih baik ibu kerap menyusukan bayi sewaktu beraya ini untuk memastikan bayi mendapat 'perlindungan' segera untuk melawan sebarang risiko jangkitan yang ada.
Jika terkena sekali pun, kesannya mungkin lebih rendah berbanding jika bayi tidak mendapat antibodi tersebut langsung.
Pastikan ibu menyusu pakai baju mesra menyusu untuk memudahkan ibu menyusu di mana-mana.