TANDA-TANDA BAYI NAK MENYUSU

Written on 01/21/2026
numommalaysia


🧐 "Kenapa Anak Mengamuk Setiap Kali Nak Susu?" – Mungkin Ibu Dah Terlepas 'Signal' Rahsia Ini!

Tanda-Tanda Bayi Nak Menyusu (Feeding Cues)

Sebelum bayi menangis, sebenarnya dia dah bagi tanda awal yang menunjukkan dia nak menyusu. Sama macam orang dewasa yang gunakan body language untuk luah keinginan, bayi juga ada cara tersendiri untuk “berkomunikasi”.

Ramai parent fikir bayi hanya perlu disusukan bila dia menangis, tapi hakikatnya menangis adalah tanda paling lewat. Bila tunggu sampai menangis, bayi dah terlalu lapar dan susah nak menyusu dengan tenang.

Jadi, parent perlu kenal 3 jenis feeding cues:

1. Early Cues (Tanda Awal)

Pada peringkat ni, ramai parent tak perasan sebab nampak macam biasa saja.

  • Bayi pusing kepala kiri kanan, mulut mula terbuka.

  • Kepala bayi bergerak-gerak macam sedang mencari sesuatu.

  • Kalau ibu dah nampak tanda ni, terus susukan bayi. Masa ni bayi masih tenang dan lebih mudah latch dengan baik.

2. Mid Cues (Tanda Pertengahan)

Ini tanda bayi dah semakin lapar dan ibu hampir terlambat nak susukan.

  • Bayi mula merenggangkan badan.

  • Pergerakan jadi lebih aktif.

  • Bayi masukkan jari ke mulut.

  • Pada waktu ni, bayi dah betul-betul lapar. Ibu perlu menyusukan dengan segera sebelum dia jadi terlalu resah.

3. Late Cues (Tanda Lewat)

Kalau sampai tahap ni, bayi dah merajuk dan susah nak menyusu dengan tenang.

  • Bayi menangis kuat.

  • Pergerakan agresif.

  • Muka bertukar merah.

  • Parent perlu tenangkan bayi dulu sebelum cuba menyusukan.


Kesimpulan

Ramai parent salah faham bila bayi menolak breast lalu anggap bayi tak suka direct feeding (DF). Sebenarnya, parent terlepas feeding cues kerana bayi dah terlalu lapar dan merajuk.

Apa yang mommies boleh buat untuk elak situasi ni:

  • Susukan bayi on demand (ikut tanda, bukan tunggu jam).

  • Periksa tongue tie jika bayi selalu menolak.

  • Jangan biar jarak menyusu lebih dari 2 jam.

  • Pastikan latch bayi dalam (deep latch).

  • Gunakan teknik breast compression untuk lancarkan susu.


Nota Hati Untuk Ibu... ❤️

Ibu, jangan rasa gagal kalau kadang-kala kita terlepas pandang tanda-tanda ini. Kita dan bayi sama-sama sedang belajar. Setiap hari adalah peluang baru untuk kita lebih memahami "bahasa rahsia" si manja.

Percayalah, semakin lama ibu bersama bayi, ibu akan jadi makin hebat mengesan setiap gerak-gerinya. Teruskan berusaha, ibu! Anda sedang melakukan tugas yang sangat luar biasa untuk masa depan anak anda. Semangat, ya!