Gemini said
Setiap ibu pilihan dan keadaannya berbeza. Situasi juga berbeza. Cuma salah tanggap yang berlaku perlu dibetulkan. Bukan ikut-ikut mereka yang tak tahu.
Sebagai contoh, ada ibu yang tetap nak beri 1001 hujah bayi dia 'tak cukup susu' dan nak MENGEMPENG sahaja bila beri menyusu direct. Maka ibu akan dimomokkan dengan kesusahan menyusu direct dan seharusnya belajar pam dan beri bayi minum banyak dengan botol supaya bayi kenyang.
Saya nak ulas isu ini sebagai kaunselor yang menyantuni ibu dari pelbagai latar. Ada surirumah, bekerja, bekerja dari rumah, PJJ dengan anak dan sebagainya. Jika ibu ada tanggapan bayi nampak tak cukup susu, mengempeng sahaja dan sebab tulah ibu PERLU BERI BOTOL, kenapa tak cuba fahami FITRAH BAYI dahulu?
Adakah dengan beri susu banyak dalam botol, bayi terus senyap sepanjang hari dan tak meragam? Jawapannya tidak. Jadi botol susu bukan penyelesaian. Tapi ISU RAGAM BAYI yang perlu diselesaikan dulu. Fahami apa itu 5S, bagaimana bayi boleh ditenangkan bukan dengan MENYUSU. Bukan salah ibu menyusu kalau bayi tak tenang.
Fahami juga fasa perkembangan mental dan apa itu growth spurt supaya ibu tak celaru dan faham kenapa ada masa bayi tak nak menyusu, ada masa bayi macam tak cukup susu. Berhujahlah dengan ilmu. Upgrade ilmu selalu dan tidak guna atau rujuk pengalaman orang lain yang tidak tahu sehingga menjadikan ibu lebih keliru.
Kalau nak guna botol sekali pun, tahu akan keperluan. Bukan semata nak selesaikan isu bayi asyik menangis sahaja atau nak mengempeng. Bila yang asas ibu tak nak ambil tahu, pergilah menuntut ilmu. Tapi pastikan rujuk dengan mereka yang betul-betul tahu.