Tadi masa saya live, ada ibu yang risau susu drop bila pam lepas raya, ada yang suami tertutup suis freezer (susu rosak semuanya), ada yang kena clogged duct.
Macam-macam cerita. Tapi semua nak tips meriahkan susu semula. Tak ada magik, keywordnya kena konsisten.
Saya kongsikan 7 tips yang ibu-ibu boleh buat. Repost dan tag suami sebab suami kita ni BIG supporter kita tau dalam penyusuan 😍
Tips Susu Meriah Semula
1. Skin to skin Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi membantu merangsang hormon oksitosin secara semula jadi. Hormon oksitosin hormon yang bantu keluarkan susu. Lagi kerap ibu lakukan skin to skin, lagi lancar susu ibu dapat dikeluarkan.
2. Feeding on demand Jangan menyusu bayi ikut jam tapi ikutlah demand. Bila bayi nak, terus bagi. Setiap kali bayi menyusu, ia akan memberi isyarat kepada payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Lagi kerap bayi menyusu, lagi banyak susu akan dihasilkan. Ini konsep “supply & demand” di mana permintaan yang tinggi, akan menghasilkan susu yang lebih banyak.
3. Posisi penyusuan selesa Bila posisi betul dan selesa, bayi dapat latch dengan baik dan menyusu dengan efektif. Ini penting kerana hisapan yang efektif membantu mengeluarkan susu dari payudara dengan baik dan bila payudara lembut kerana susu keluar efektif, badan akan hasilkan lebih banyak susu semula.
4. Kerapkan penyusuan dan pam susu Kalau bayi kurang menyusu atau ibu bekerja, pam susu boleh bantu jaga demand dan supply. Prinsipnya sama lagi kerap payudara dirangsang dan dikeluarkan susu, lagi banyak susu akan dihasilkan. Konsisten adalah kunci untuk meriahkan semula susu.
5. Dapatkan sokongan (suami, kawan-kawan, majikan) Ibu yang stress dan penat mudah terjejas penghasilan susu. Sokongan emosi dan fizikal sangat penting bila ibu rasa dibantu, lebih tenang dan fokus pada penyusuan. Ini secara langsung membantu meningkatkan hormon penyusuan terutama hormon oksitosin dan seterusnya melancarkan pengeluaran susu.
6. Jaga pemakanan (protein cukup, air cukup) Susu ibu dihasilkan daripada nutrisi dalam badan ibu. Bila ibu cukup makan (terutama protein) dan cukup minum air, badan ada “bahan mentah” yang cukup untuk menghasilkan susu.
7. Yakin dan tenang (LOVE HORMONE) Perasaan ibu sangat mempengaruhi susu. Bila ibu tenang, gembira dan yakin, hormon oksitosin akan meningkat dan hormon ini membantu susu mengalir dengan lancar (let-down reflex). Tapi bila stress atau ragu-ragu, oksitosin terganggu dan susu jadi susah keluar walaupun ada.
Semoga semua ibu dapatkan lancarkan pengeluaran susu dengan lebih baik lagi selepas ini.
Nad Masrom Kaunselor Laktasi