YA, SUDAH TENTU BOLEH DENGAN PENGGUNAAN TEKNIK YANG BETUL DAN SOKONGAN YANG SESUAI.
Salah satu teknik yang disarankan untuk membantu dalam situasi ini ialah teknik sandwich. Teknik ini melibatkan pemampatan payudara bagi memudahkan bayi melekap dengan lebih baik.
Analogi Sepotong Sandwich:
Bayangkan sepotong sandwich yang agak besar — kelihatan sukar untuk dimasukkan ke dalam mulut, bukan? Namun, apabila ditekan sedikit, sandwich tersebut menjadi lebih nipis dan mudah untuk dimakan.
Begitu juga dengan teknik penyusuan; dengan memampatkan payudara secara lembut menggunakan jari tangan, mommies dapat membantu bayi untuk melekap dengan lebih berkesan, terutamanya jika puting mommies adalah rata (flat nipple) atau tenggelam (inverted nipple).
Adalah penting untuk difahami bahawa puting rata atau tenggelam bukanlah halangan utama dalam penyusuan. Puting sebenarnya hanya berperanan sebagai saluran bagi mengeluarkan susu, sama seperti fungsi sebatang straw. Malah, dalam kes tertentu di mana puting kelihatan ‘tiada’, ibu masih boleh menyusukan bayi dengan jayanya.
Ini kerana proses penyusuan yang berkesan berlaku apabila bayi melekap pada kawasan tampuk hitam di sekeliling puting, yang dikenali sebagai areola, dan bukan pada puting semata-mata. Bagi mommies yang berasa kurang yakin atau memerlukan bantuan tambahan, penggunaan alat bantuan seperti nipple puller juga boleh dipertimbangkan untuk membantu mengeluarkan puting secara fizikal sebelum sesi penyusuan bermula.