KENALI SUSU MATANG

Written on 06/18/2026
numommalaysia


Assalammualaikum dan hai Mommies Semua !

Ramai sangat yang risau bila tengok botol susu lepas mengepam, "Eh, kenapa susu saya yang bawah tu nampak jernih macam air, yang atas tu nampak pekat kuning?" atau "Cukup ke susu saya ni untuk anak?". Sabar ya Mommies , itu semua normal! Tubuh kita ni sangat ajaib sebab ia tukar "menu" ikut umur bayi kita. Jom saya terangkan fasa susu kita supaya mommies lebih tenang.

Fasa Susu Ibu: Dari Pekat ke Matang

Susu kita tak terus keluar banyak macam air paip tau. Dia ada tahap-tahapnya:

Apa Beza Foremilk & Hindmilk?

Dalam susu matang kita, ada dua komponen penting yang mommies selalu nampak dalam botol:

1. Foremilk (Susu Awal - Yang cair kat bawah tu) Jangan sedih tengok susu ni cair. Walaupun nampak macam air, dia kaya dengan Laktosa! Tugas dia sangat penting untuk perkembangan otak anak, sistem saraf, dan bagi tenaga segera. Dia juga macam "minuman" untuk pastikan anak tak dehidrasi.

2. Hindmilk (Susu Akhir - Yang pekat/berkrim kat atas) Ini pula susu yang keluar selepas 10 minit kita menyusu atau mengepam. Dia lebih pekat sebab tinggi lemak, kalori, dan serat. Inilah rahsia anak rasa kenyang lama, tidur lebih lena, dan bantu naikkan berat badan bayi dengan sihat!



 

Macam Mana Nak Pastikan Bayi Dapat Kedua-duanya?

Kita nak anak dapat "menu lengkap", bukan minum air saja atau lemak saja. Ini tips dari saya:

  • Lekapan & Posisi Kena Betul: Supaya pengaliran susu lancar dari awal sampai akhir.

  • Jangan Terburu-buru: Biar bayi menyusu dalam tempoh optimum (sekitar 15-20 minit sebelah breast) supaya dia sempat sampai ke fasa hindmilk.

  • Perhatikan Tongue Tie: Kalau bayi ada masalah ni, dia mungkin penat menyusu sebelum sempat dapat susu akhir yang pekat tu.

  • Ibu Oversupply: Kadang-kadang kalau susu terlalu banyak, bayi cepat kenyang dengan susu awal saja. Mommies boleh urus dengan teknik yang betul ya.

Terus semangat menyusukan si kecil! Cuba mommies tengok susu perahan hari ni, nampak tak lapisan krim kat atas tu?