Bolehkah Ibu Menyusu Berpuasa?

Written on 08/26/2026
numommalaysia


ISU BERPUASA BAGI MOMMY YANG SEDANG MENYUSUKAN ANAK SERING MENJADI DILEMA BESAR, TERUTAMANYA MENJELANG BULAN RAMADAN.

Boleh dan selamat untuk mommy menyusu berpuasa! Namun, ia bergantung kepada tahap Kesihatan mommy, umur bayi, serta persediaan yang betul.

Islam juga memberikan kemudahan (rukhsah) untuk ibu menyusu berbuka puasa sekiranya bimbang akan keselamatan diri atau bayi.

PERKARA PENTING SEBELUM IBU BERMULA BERPUASA

  • Umur Bayi: Bayi berumur bawah 6 bulan yang bergantung sepenuhnya kepada susu mommy (exclusive breastfeeding) memerlukan bekalan susu yang sangat kerap. Jika mommy memilih untuk berpuasa, mommy perlu pantau corak penyusuan.
  • Kesihatan mommy: mommy mestilah sihat, tidak mengalami masalah dehidrasi teruk, darah rendah yang berbahaya, atau penyakit kronik yang memudaratkan.

TIP PENYUSUAN & PUASA YANG SELAMAT

  • Cukupkan Bekalan susu (8–10 Gelas air): Amalkan formula minum air antara waktu berbuka hingga sahur (contoh: 2 gelas waktu berbuka, 4 gelas sepanjang malam, dan 2 gelas waktu sahur) untuk mengekalkan kelembapan badan.
  • Jangan Lepaskan Sahur: Sahur adalah sumber tenaga utama. Utamakan karbohidrat kompleks (seperti oat, nasi perang, dan kurma) serta protein yang membekalkan tenaga bertahap lama.
  • Teruskan Kekerapan Menyusu/Memerah: Badan menghasilkan susu mengikut konsep demand and supply. Kekalkan jadual penyusuan atau sesi perahan (pumping) seperti biasa.
  • Rehat Secukupnya: Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang terlalu berat pada waktu siang bagi menjimatkan tenaga dan cecair badan.


TANDA-TANDA IBU PERLU BERBUKA PUASA

Jangan teragak-agak untuk berbuka puasa sekiranya Mommy atau bayi menunjukkan tanda-tanda berikut:

  • Tanda Pada Ibu: Pening kepala yang teruk, dahaga melampau, urin berwarna sangat gelap, badan menggigil, atau rasa loya hendak pitam.
  • Tanda Pada Bayi: Lampin bayi kering (kurang daripada 6 kali kencing sehari), najis menjadi keras, bayi nampak lesu dan tidak aktif, atau menangis tanpa air mata (tanda dehidrasi).

Kesihatan dan keselamatan Mommy serta si kecil adalah keutamaan. Fahami keupayaan badan sendiri dan dapatkan nasihat pakar perubatan sekiranya rasa ragu-ragu.