Bayi baru lahir (newborn) dilahirkan dengan anggaran saiz perut sebesar guli sahaja, jadi bayi perlu disusukan dengan sangat kerap. Serta, susu ibu adalah satu-satunya sumber makanan utama buat bayi ketika ini.
Apabila ibu membiarkan bayi tidur dalam tempoh yang terlalu lama, contohnya antara 3 hingga 6 jam, ibu dan bayi sudah terlepas hampir 2 hingga 3 sesi penyusuan.
Jika ibu menggantikan 2-3 sesi dengan pam, kemudian susu ibu disimpan.
Hanya payudara ibu yang dirangsang, tetapi bayi tidak mendapat bekalan susu sekerap seperti yang sepatutnya. Bayi amat memerlukan susu yang ibu perah tadi untuk diminum segera dan bukannya untuk disimpan dijadikan stok.
Penyusuan yang kerap sangat penting untuk:
-
Menaikkan berat bayi
-
Mengelakkan dehidrasi
-
Membantu menurunkan paras jaundis (kuning), susu ibu sangat mudah dihadam.