Rasa nak berputus asa itu normal, terutamanya bila mommies penat dan emosi tidak menentu. Tapi sebelum buat keputusan, cuba renungkan kembali betapa ajaibnya setiap titisan yang mommies hasilkan:
-
Berilah walau setitis susu
Kerana dalam setitis susu ibu ada lebih 200 elemen bermanfaat yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula. -
Susu ibu ada antibodi
Dalam satu sudu teh susu ibu ada 3 JUTA antibodi. Berilah walaupun sedikit, ia tetap menjadi pelindung buat si manja. -
Antibodi berubah-ubah
Antibodi dalam susu ibu sangat bijak kerana ia boleh berubah ikut kesihatan bayi atau perbezaan tempat bayi berada untuk melawan jangkitan secara spesifik. -
Susu ibu berubah ikut cuaca
Waktu panas susu nampak cair untuk pastikan bayi dapat cukup air dan kekal hidrasi. Waktu sejuk, susu akan pekat untuk bayi dapat cukup lemak bagi memanaskan badan. -
Kurang anxiety
Salah satu hormon penyusuan yang disebut OKSITOSIN membantu mengeluarkan susu dan memberi rasa tenang kepada ibu dan bayi serta mengurangkan stress.
Nasihat saya sebagai seorang ibu menyusu yang pernah rasa nak give up juga, ambil masa untuk bernafas. Setiap titisan itu adalah pelaburan kesihatan seumur hidup buat anak kita.
MENCARI KEKUATAN UNTUK TERUS BERTAHAN?
Kadangkala, mommies bukan perlukan tips teknikal semata-mata, tapi sebuah "pelukan" emosi dan ilmu yang menyentuh jiwa.
Dapatkan koleksi buku Pn Nad Masrom yang menghimpunkan panduan laktasi yang jujur dari hati ke hati. Biarlah naskah ini menjadi peneman mommies saat rasa lelah itu datang.