TIPS PASTIKAN SUSU BEKU SELAMAT UNTUK BAYI

Written on 06/11/2026
numommalaysia


BAGI MOMMIES YANG MENYUSU, FROZEN EBM (EXPRESSED BREAST MILK) ADALAH SIMPANAN BERHARGA UNTUK ANAK ANAK KITA

Namun, bila cuti panjang, banjir atau gangguan elektrik, kerisauan utama mommies-mommies ialah TAKUT SUSU BEKU ROSAK akibat peti ais mati. Mommies jangan risau ,  boleh cuba beberapa cara mudah untuk pastikan susu perahan beku si kecil masih elok atau tidak.

Kenapa Penting Semak Kualiti Susu Beku? Susu mommies yang rosak boleh menjejaskan kesihatan bayi.Sebab itu, setiap kali berlaku risiko seperti blackout atau kerosakan peti sejuk, mommies perlu pastikan kualiti frozen EBM sebelum diberikan kepada bayi.

Cara Mudah Pastikan Susu Beku Masih Selamat

  • Guna Duit Syiling dalam Bekas Air

    • Letakkan duit syiling di atas permukaan bekas berisi air yang telah dibekukan, kemudian simpan dalam freezer.

    • Jika berlaku gangguan elektrik yang lama, ais akan cair dan duit syiling akan tenggelam jatuh ke bawah.

    • Bila mommies balik ke rumah dan nampak duit syiling ada di bawah bekas, itu tanda peti ais pernah mati lama dan mungkin susu sudah mengalami proses pencairan.



  • Terbalikkan Botol Susu Beku

    • Pilih satu botol frozen EBM dan simpan secara terbalik (terbalikkan botol selepas ia membeku).

    • Jika nampak rupa susu sudah berubah bentuk atau mengalir turun ke bawah (bahagian penutup botol), itu tanda susu pernah cair dan membeku semula. Susu yang  dah cair sepenuhnya tidak boleh dibekukan semula.

Bolehkah Susu yang Cair Dibekukan Semula?

  • Cair Kurang 30% (Masih Ada Habuk Ais): Masih boleh dibekukan semula dengan segera atau disimpan di dalam chiller.

  • Cair Lebih 30% atau Sepenuhnya: WAJIB dibuang atau tidak boleh dibekukan semula kerana kandungan nutrisi  dah berubah dan terdedah kepada bakteria yang berisiko tinggi untuk bayi.

Ingat, jangan ambil risiko beri susu yang sudah cair sepenuhnya pada bayi. Lebih baik elakkan daripada membahayakan kesihatan bayi mommies!