Seminar Breastfeeding is Essential telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Perdana, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur pada Sabtu (24 Januari 2026) yang lalu.
Program berimpak tinggi ini telah menghimpunkan seramai 246 peserta (123 pasangan) yang komited untuk menimba ilmu demi menyambut kehadiran permata hati tercinta.
Barisan Speaker Program
Program kali ini menampilkan 6 speaker berkredibiliti:
- Pn Nad Masrom - Kaunselor Laktasi & Pengasas Numom
- Pn Elpeni Ramli - Jururawat Laktasi
- En Mohd Khairulnizam - Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan) Pusat Laktasi Kebangsaan
- Pn Uswatun Hasanah - Konsultan Tangisan & Tangisan Bayi
- En Syed Hussein - Pengasas Tungbayee
- Dr Adli Hidayat - Doktor Residen
- Pn Naimah Yasir - Terapis Urutan Bertauliah & Pengasas Mengusik Spa
Sorotan Program
Sepanjang slot berlangsung, seramai 7 orang pakar jemputan telah berkongsi pelbagai modul praktikal yang sangat dekat di hati para bakal ibu dan ayah. Antara pengisian utama termasuklah:
-
Penjagaan Asas Bayi: Panduan lengkap pengurusan bayi baru lahir serta teknik pantas menenangkan tangisan bayi.
-
Dunia Penyusuan: Kupasan mendalam mengenai penyusuan awal, pengurusan stok susu perahan (EBM), serta teknik urutan untuk melancarkan aliran susu dan mengatasi bengkak susu.
-
Keselamatan & Tradisi: Simulasi langkah kecemasan jika bayi tersedak serta tips pengurusan uri mengikut syariat dan kebersihan.
-
Slot Bonus (Mommy Fit): Sesi kecergasan ringkas yang memfokuskan kepada senaman ringan buat ibu menyusu agar kekal segar dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang.
Suasana Acara
Auditorium dipenuhi dengan semangat ingin tahu para peserta. Rata-rata pasangan mempamerkan kerjasama yang hebat, terutamanya para suami yang sangat tekun mempelajari teknik membedung dan mendukung bayi secara simulasi.
Kami berharap agar segala ilmu yang dikongsikan dapat menjadi bekal berguna buat semua pasangan dalam menempuh fasa keibubapaan dengan lebih yakin dan tenang.
"Ilmu adalah pelaburan terbaik sebelum menyambut kelahiran." Terima kasih kepada semua peserta dan barisan penceramah yang menjayakan acara ini!