Hai mommies semua! Selalu sangat saya dapat soalan tentang botol susu dan corong pam ni. Ramai mommies yang ingat selagi tak pecah atau tak retak, boleh pakai sampai anak sekolah, kan?
Sebenarnya, peralatan peyusuan kita ni ada "tempoh hayat" dia sendiri tau. Jom saya kongsikan kenapa kita kena alert dengan benda ni demi keselamatan bayi kita.
Kenapa Kena Tukar Walaupun Nampak Elok?
Kebanyakan corong pam dan botol susu yang kita guna diperbuat daripada plastik jenis Polypropylene (PP). Memang plastik ni selamat untuk bayi, tapi dia ada sifat degradasi.
Maksudnya, bila kita kerap sangat basuh, rebus, steril, dan guna setiap hari, lama-lama struktur plastik tu akan jadi lemah. Kita tak nampak dengan mata kasar, tapi plastik tu boleh mula "mengurai" dan berisiko melepaskan bahan kimia ke dalam susu mommies. Bahaya tau untuk sistem badan bayi yang masih kecil.
Jenis Plastik: Mana Satu Pilihan Mommies?
Bukan semua plastik dicipta sama. Kalau mommies ada bajet lebih, saya sangat sarankan cari botol atau peralatan daripada jenis:
-
PES (Polyethersulfone)
-
Tritan
-
PPSU (Polyphenylsulfone)
Kenapa? Sebab bahan-bahan ni lebih "kayangan" kualitinya. Ia lebih tahan haba tinggi (bila masuk sterilizer), tahan sinaran UV, dan tak mudah rosak berbanding plastik PP biasa. Pelaburan sikit, tapi lebih tahan lama dan selamat!
Tanda-Tanda botol perlu dibuang
Cuba perhatikan peralatan mommies sekarang. Kalau ada tanda macam ni, tolong jangan sayang nak buang ya:
-
Berubah bentuk: Botol nampak macam corong dah tak bulat macam asal.
-
Tanda "Melebur": Ada kesan plastik macam mencair sikit lepas keluar dari sterilizer.
-
Warna Keruh/Kuning: Kalau dah nampak kusam sangat walaupun dah basuh bersih, itu tandanya plastik dah fatigue.
-
Calar-balar: Kuman suka sangat menyorok kat celah calar tu!
Pesanan Saya buat mommies Semua
Jangan hanya tengok luaran saja ya. Kadang-kadang plastik yang nampak okey tu sebenarnya dah tak stabil secara kimia.
Sentiasa proaktif demi kesihatan anak kita. Susu mommies dah sedia berkualiti, jadi pastikan "bekas" penyimpannya pun sama berkualiti. Moga perjalanan penyusuan mommies-mommies semua terus tenang dan lancar!

