Keajaiban Susu Ibu: "Menu" Yang Sentiasa Berubah!
Tahu tak, susu kita ni bukan saja berubah ikut cuaca, tapi dia berubah ikut macam-macam keadaan tau:
-
Musim Sejuk/Hujan: Badan mommies akan hasilkan lebih banyak lemak dalam susu untuk bekalkan tenaga supaya bayi rasa panas dan terlindung dari kesejukan.
-
Siang vs Malam: Waktu pagi, susu biasanya lebih banyak sebab hormon prolaktin tinggi. Tapi bila malam, susu kita mengandungi hormon melatonin. Inilah rahsia bayi kita boleh tidur lena (insya-Allah!).
-
Bila Bayi Sakit atau Growth Spurt: Bila bayi tengah nak membesar atau tak sihat, payudara kita akan automatik tukar resepi! Susu akan jadi lebih tinggi antibodi untuk lawan kuman dan lebih tinggi kalori untuk sokong pembesaran mereka.
-
Warna :Warna susu boleh jadi macam-macam—jernih, kebiruan, oren atau krim.
-
Rasa: Malah, rasa susu momies pun berubah-ubah ikut apa yang mommies makan tau. Sebab tu bayi selalu excited nak menyusu sebab nak rasa "menu" baru ibu hari ni!
Tips : Satu Belah Dah Cukup!
Mommies tak perlu risau nak tukar-tukar payudara dengan cepat dalam satu sesi. Susu kat sebelah payudara tu pun sebenarnya dah ada "air dan nasinya".
-
10 minit pertama: Bayi dapat foremilk (air/penghilang haus).
-
Selepas itu: Bayi akan mula dapat hindmilk (lemak/nasi/penyangang perut). Biarkan bayi menyusu sampai dia sendiri yang lepaskan lekapan, barulah dia dapat nutrisi yang lengkap.
Hebat kan susu ibu? Allah dah sediakan segala-galanya dalam titisan emas kita. Teruskan bersemangat ya mommies-mommies semua!

