RAMAI MOMMIES INGATKAN MAKIN LAMA JARAK PAM SUSU, SEMAKIN BANYAK SUSU DIKUMPULKAN.
Tapi sebernanya ini satu perangkap yang mommies tak sedar dan berpotensi memberi kesan negatif kepada penghasilan susu serta kesihatan payudara mommies.
Berikut adalah punca jarak sesi pam yang terlalu lama:
-
Peningkatan Jumlah Foremilk: Apabila jarak antara sesi pam terlalu lama, susu yang terkumpul cenderung mengandungi lebih banyak foremilk (susu awal) yang bersifat lebih cair dan kurang kandungan lemak. Ini menyebabkan bayi mungkin cepat merasa lapar kerana tidak mendapat hindmilk yang lebih berkhasiat dan mengenyangkan.
-
Risiko Saluran Susu Tersumbat: Apabila susu dibiarkan terlalu lama dalam payudara, susu yang lebih pekat berisiko untuk terperangkap dalam saluran, sekaligus menyebabkan penyumbatan. Keadaan ini boleh mengakibatkan ketulan atau rasa tidak selesa pada payudara mommies.
-
Bengkak Susu dan Mastitis: Payudara yang terlalu penuh akibat tidak dipam dalam jangka masa yang sepatutnya boleh menyebabkan bengkak (engorgement), kesakitan, dan yang lebih serius, boleh mencetuskan mastitis iaitu jangkitan pada tisu payudara.
-
Peningkatan Hormon FIL (Feedback Inhibitor of Lactation): Hormon ini berfungsi sebagai isyarat kepada tubuh bahawa bekalan susu sudah mencukupi. Apabila susu tidak dikeluarkan dalam tempoh lama, tahap FIL akan meningkat, dan ini boleh memberi mesej kepada badan untuk mengurangkan penghasilan susu secara semula jadi.

