Sentuhan Kulit ke Kulit (Skin to Skin) atau juga dikenali sebagai 'Kanggaro Care', digelar sedemikian kerana ia menyerupai cara haiwan kanggaro menggendong anak di dalam kantungnya.
Untuk melakukannya, bayi yang tidak berpakaian diletakkan secara menegak di atas dada mommies atau ayah yang terdedah, kemudian diselimutkan bersama bagi mengekalkan kehangatan. Bayi hanya perlu memakai lampin dan topi sahaja jika perlu.
Sentuhan ini bukan sahaja boleh dilakukan sejurus bayi dilahirkan di dewan bersalin, malahan ia sangat digalakkan untuk diteruskan apabila pulang ke rumah. Bagi mommies dan bayi yang terlepas peluang melakukannya di awal kelahiran atas faktor kesihatan, rebutlah peluang ini pada bila-bila masa sahaja setelah keadaan bayi kembali stabil.
Selain itu, sentuhan ini amat membantu memulihkan bayi yang sedang mengalami keliru puting (nipple confusion) atau dalam proses mogok menyusu (nursing strike), kerana ia mengembalikan keselesaan serta membina semula emosi positif bayi dengan persekitaran payudara mommies.
MANFAAT SENTUHAN KULIT KE KULIT
1. Kesan Untuk Bayi:
-
Sistem Fisiologi Stabil: Menstabilkan denyutan jantung, pernafasan, serta paras glukosa dalam darah.
-
Regulasi Suhu: Membantu menstabilkan suhu tubuh bayi secara semula jadi melalui haba dada mommies/ayah.
-
Emosi & Tidur: Merendahkan hormon stres sehingga 74%, membuatkan bayi rasa selamat, mengurangkan tangisan, dan memberikan rutin tidur yang lebih berkualiti.
-
Perkembangan & Berat Badan: Merangsang perkembangan sel otak serta menggalakkan kenaikan berat badan yang optimum (kesan ketara pada bayi pramatang, tetapi sangat baik untuk bayi cukup bulan).
-
Persediaan menyusu: Menyediakan instinct semula jadi bayi untuk melekap (latch-on) dengan betul pada payudara tanpa paksaan.
2. Kesan Untuk Ibu & Ayah:
-
Bina Kedekatan (Bonding): Menggalakkan hubungan emosi yang sangat rapat antara ibu bapa dan anak.
-
Kesihatan Mental: Mengurangkan tekanan (stress) dan menurunkan risiko mommies mengalami kemurungan postpartum (postpartum depression).
-
Sokongan Kilang Susu: Merangsang rembesan hormon Oksitosin (hormon kasih sayang dan refleks ejeksi susu) yang membantu meningkatkan penghasilan susu mommies dengan mencukupi.
-
Keyakinan Diri: Menambah keyakinan emosi kepada ibu dan ayah dalam mengendalikan bayi baru lahir.

