POSISI CROSS-CRADLE HOLD

Written on 07/15/2026
numommalaysia


Posisi ini sangat sesuai untuk ibu yang memerlukan lebih kawalan terhadap kepala dan pelekapan bayi, terutamanya jika:

  • Bayi mempunyai tongue tie atau kesukaran melekap.

  • Bayi jaundis dan mudah mengantuk semasa menyusu.

  • Ibu mempunyai payudara yang besar, menjadikan pelekapan lebih mencabar.

  • Ibu masih tidak selesa dengan posisi cradle hold atau baru belajar menyusukan bayi.

  • Bayi pramatang atau bersaiz kecil yang memerlukan sokongan kepala dan leher yang lebih baik.

Cross-cradle memberi ibu kawalan yang lebih baik untuk membimbing bayi mendapatkan pelekapan (latch) yang lebih dalam dan efektif.