MASIH RAMAI MOMMY DAN DADDY YANG PERCAYA BAHAWA TANGISAN ADALAH TANDA UTAMA BAYI LAPAR.
Sebenarnya, apabila bayi sudah mula menangis, itu tandanya bayi dah berada di fasa sangat lapar dan stres! Bila bayi dah stres, proses latch (sekap) pada payudara akan jadi lebih sukar kerana si kecil mula meragam dan tidak tenang.
Oleh itu, penting untuk kita kenali isyarat awal lapar yang ditunjukkan oleh bayi supaya proses penyusuan berjalan lancar dan tenang.
3 FASA ISYARAT BAYI LAPAR (FEEDING CUES)
Fasa Awal (Early Cues) — "Saya Dah Lapar"
- Bayi mula menggerakkan kepala ke kiri dan kanan seperti mencari-cari (rooting reflex).
- Bayi menjelirkan lidah atau membuka dan menutup mulut.
- Mula memasukkan tangan atau jari ke dalam mulut dan menghisapnya.
Fasa Pertengahan (Active Cues) — "Saya Betul-Betul Lapar Ni!"
- Bayi mula menggeliat dan menggerakkan tangan serta kaki dengan lebih aktif.
- Nafas bayi kelihatan semakin laju atau berdesah.
- Bayi meletakkan tangan pada dada mommy atau menepuk dada mommy.
- Mula mengeluarkan bunyi merengek kecil (fussing).
Fasa Akhir (Late Cues) — "Saya Terlalu Lapar & Stres!"
- Bayi menangis bersungguh-sungguh.
- Muka bayi mula bertukar kemerahan.
- Badan bayi menjadi tegang, melengkung, atau menggenggam penumbuk dengan sangat ketat.
APA PERLU BUAT JIKA BAYI DAH DI FASA AKHIR?
Jika bayi sudah mula menangis teresak-esak, jangan terus tawarkan payudara atau puting. Tenangkan bayi terlebih dahulu!
Peluk bayi, lakukan sentuhan kulit ke kulit (skin-to-skin), bisikkan kata-kata lembut, atau dodoikan bayi sehingga dia kembali tenang. Apabila pernafasannya sudah stabil, barulah tawarkan payudara semula untuk susukan si kecil.





