cluster feeding , adakah tanda susu ibu tidak mencukupi?

Written on 08/21/2026
numommalaysia


PERNAH TAK SI KECIL BERKEPIT DAN MENYUSU BERTERUSAN SETIAP 30 MINIT HINGGA SEJAM, TERUTAMANYA WAKTU PETANG ATAU MALAM?

Perasaan bimbang mesti mula timbul, “Adakah susu aku tak cukup sampai bayi asyik lapar?” Keadaan ini sebenarnya dikenali sebagai Cluster Feeding (penyusuan berkelompok). Perkara pertama yang Mommy perlu tahu, ini adalah fasa yang sangat normal

KENAPA BAYI MELAKUKAN 'CLUSTER FEEDING'?

  • Lompatan Perkembangan (Growth Spurt): badan  bayi memerlukan banyak tenaga. Menyusu dengan kerap adalah cara  bayi menempah (pre-order) penghasilan susu yang lebih banyak untuk hari-hari seterusnya.
  • Susu Malam Lebih Pekat: Pada waktu malam, kadar hormon prolaktin sedikit menurun, namun lemak dalam susu ibu lebih tinggi. Bayi menyusu kerap untuk mendapatkan titisan susu yang kaya dengan lemak ini.
  • Memerlukan Keselesaan & Rasa Selamat: Selepas seharian menerima pelbagai rangsangan persekitaran, bayi mungkin berasa letih atau overstimulated. Menyusu di dada ibu memberikan rasa selamat, tenang, dan hangat.
  • Persiapan Untuk Tidur Nyenyak: Menyusu berterusan di sebelah malam bantu 'mengeram' perut bayi supaya mereka dapat tidur dalam tempoh yang sedikit lebih panjang selepas itu.


CARA MENGHADAPI FASA 'CLUSTER FEEDING' TANPA STRES

  • Sediakan 'Nesting Area' yang Selesa: Cari sudut atau sofa yang selesa. Sediakan bantal sokongan, botol air minuman, snek sihat, dan hiburan untuk Mommy berehat sambil menyusu.
  • Minta Bantuan Suami / Pasangan: Minta suami bantu uruskan kerja rumah, sediakan makanan, atau pegang bayi sebentar untuk ibu mandi dan menukar suasana selepas sesi penyusuan selesai.
  • Semak Lampin Bayi: Untuk kepastian sama ada bayi mendapat susu yang cukup atau tidak, pantau basahan lampinnya. Jika bayi membuang air kecil sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan berat badannya naik mengikut graf, bekalan susu Mommy adalah mencukupi!