PENTING SUAMI BANTU CHECK BAYI CUKUP SUSU ATAU TAK PADA AWAL KELAHIRAN.
-
Tukar lampin bayi, terutamanya sepanjang cuti paterniti.
Setiap kali tukar lampin, ayah boleh pantau corak kencing dan najis bayi.
-
Perhatikan warna najis bayi.
Apabila penyusuan berjalan dengan baik, najis bayi biasanya berubah daripada hitam (mekonium) kepada hijau, kemudian menjadi kuning mustard sekitar hari ke-4 atau ke-5.
-
Pantau bilangan lampin basah.
Selepas hari ke-5 kelahiran, kebanyakan bayi yang mendapat susu mencukupi akan menghasilkan sekurang-kurangnya 6 lampin basah sehari dengan air kencing berwarna kuning cair atau jernih.
-
Observe fizikal bayi.
Pastikan bayi aktif dan kulit bayi lembap sebagai tanda bayi cukup susu.
-
Lindungi emosi mommies.
Elak buat andaian, “Susu tak cukup kot…” hanya kerana bayi menangis. Sebaliknya, bantu isteri pantau semua di atas bila ada kerisauan susu seperti tidak cukup.

