Golden Hour Selepas Kelahiran

Written on 08/18/2026
numommalaysia


TAHUKAH MOMMY, SATU JAM PERTAMA SELEPAS MELAHIRKAN ANAK ADALAH DETIK PALING MANIS DAN PENTING DALAM PERJALANAN PENYUSUAN KITA?

Detik terindah ini dipanggil sebagai Golden Hour. Asas kejayaan penyusuan bermula seawal sentuhan kulit ke kulit (skin-to-skin contact) yang berlaku dalam tempoh 60 minit pertama selepas bayi dilahirkan.

1.Membangkitkan Naluri 'Breast Crawl'

Bayi dilahirkan dengan naluri semula jadi yang sangat hebat. Apabila diletakkan terus di atas dada mommies, bayi secara automatik akan merangkak perlahan, mencari puting, dan memulakan hisapan pertama tanpa perlu dipaksa.



2.Merangsang Hormon Susu mommies

Sentuhan kulit mommies dan bayi merangsang rembesan hormon oxytocin (hormon kasih sayang) dan prolactin (hormon penghasilan susu). Ini membantu cecair emas pertama iaitu kolostrum keluar dengan lebih lancar.



3.Menstabilkan Keadaan Bayi

Dada mommies adalah 'incubator' paling sempurna di dunia. Sentuhan ini bantu menstabilkan suhu badan, kadar pernafasan, dan denyutan jantung bayi yang baru sahaja bertukar persekitaran.



4.Mengecutkan Rahim & Kurangkan Pendarahan

Rembesan hormon oxytocin semasa proses Golden Hour turut membantu rahim mommies mengecut dengan lebih cepat, sekali gus mengurangkan risiko pendarahan berlebihan selepas bersalin.



5.Bina 'Bonding' & Rasa Selamat

Bayi rasa sangat tenang apabila dapat mendengar semula degupan jantung ibu yang biasa didengarinya sewaktu di dalam kandungan. Ini mengurangkan emosi stress buat mommies dan juga bayi.



PESANAN MESRA BUAT BAKAL IBU

Satu jam yang penuh bermakna ini adalah hadiah terindah untuk memulakan ikatan penyusuan antara Mommy dan si kecil. Semoga perjalanan penyusuan Mommy sentiasa dipermudahkan!