TAK PERLU CUCI PUTING SEBELUM MENYUSU ?

Written on 07/03/2026
numommalaysia


RAMAI IBU BARU YANG KELIRU: “Perlu ke cuci puting dulu sebelum susukan bayi?”

Payudara Ibu Ada Sistem Pembersihan Semula Jadi Tak ramai tahu bahawa kelenjar di sekitar areola sebenarnya menghasilkan cecair antibakteria yang menjaga kebersihan puting. Cuci berlebihan atau menggunakan sabun antibakteria boleh mengganggu sistem semula jadi ini.

KENALI STRUKTUR PAYUDARA: PUTING, AREOLA & KELENJAR MONTGOMERY



  • 1. Puting (Nipple)

    • Tempat susu keluar, melalui 7–10 bukaan kecil secara purata.

    • Mengandungi duktus susu, sel saraf, dan otot yang menjadikan puting fleksibel.

    • Boleh berubah saiz dan bentuk ketika mengandung dan menyusu.

    • Masalah seperti puting rata atau puting terbalik (inverted nipple) boleh diatasi dengan teknik penyusuan yang betul.

  • 2. Areola

    • Bahagian berwarna gelap di sekeliling puting dengan saiz purata sekitar 6.4 cm (berbeza bagi setiap wanita).

    • Semasa hamil, warnanya menjadi lebih gelap untuk membantu bayi ‘mengenal pasti’ puting dengan lebih mudah—sangat berguna kerana penglihatan bayi baru lahir masih kabur.

  • 3. Kelenjar Montgomery

    • Titik-titik kecil berwarna putih di sekitar areola (secara purata terdapat kurang dari 10 kelenjar, namun ada wanita yang mempunyai lebih banyak).

    • Menghasilkan cecair semula jadi untuk melembapkan puting.

    • Merembeskan faktor-faktor yang menghalang pertumbuhan bakteria di puting.

    • Bau semula jadi yang dikeluarkan membantu menarik bayi ke arah payudara, sekali gus memudahkan proses pelekapan.



PENYUSUAN SECARA DIRECT FEEDING LEBIH SELAMAT BERBANDING BOTOL

Bagi mommies yang menyusukan bayi secara terus (direct feeding), tiada keperluan untuk mencuci puting sebelum setiap sesi. Malah, terlalu kerap mencuci (terutamanya menggunakan sabun) boleh menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi, atau luka.

Sebaliknya, adalah lebih penting untuk memberikan perhatian yang serius kepada:

  • Kebersihan pam susu dan corong

  • Cara penyimpanan susu perahan (EBM)

  • Sterilisasi peralatan menyusu

Masalah jangkitan kuman yang sebenar bukan berpunca daripada payudara, tetapi daripada corong pam susu atau botol susu yang tidak dicuci dengan betul sehingga menjadi tempat pembiakan bakteria.

Jadi mommies, tak perlu cuci puting setiap kali nak susukan bayi. Tubuh ibu memang hebat sebab ia dah ada sistem untuk bersihkan dan lindungi puting secara semula jadi!