Ingat lagi kisah seorang ibu dalam post saya sebelum ni untuk misi beliau cuba mencari jemaah lain yang boleh bantu bawa susu EBM pulang lebih awal?
Beliau salah seorang jemaah haji yang juga ibu menyusu. Boleh baca post asal di sini: https://www.facebook.com/share/p/rVboBVmzP5x1pna5/?mibextid=WC7FNe
Banyak komen yang telah membantu beliau dalam misi membawa pula EBM. Terima kasih kepada semua yang telah bantu share post asal kerana bukan sekadar puan ini yang kalian bantu, tapi ada beberapa ibu lain juga.
Alhamdulillah setelah berjuang dengan 1001 cabaran dalam misi yang boleh dikatakan agak sukar nak bawa pulang susu kerana polisi yang agak ketat, dengan izin Allah urusan semua ibu menyusu ini dipermudahkan.
Malah setelah post asal itu viral, mereka bertemu antara satu sama lain dan menjalinkan ukhuwah untuk saling membantu dan memberi semangat di sana.
Saya kongsikan pengalaman Puan Sabrina untuk beri semangat kepada jemaah haji lain yang mungkin masih di sana atau untuk kita yang bakal menjadi jemaah haji.
Terima kasih juga kepada Kak Suriati Shamsuddin sebab sudi menghubungi saya untuk terangkan tentang prosedur yang saya langsung tak tahu.
Masa Kak Su call, saya sedang ada event. Sampai buat loudspeaker sebab tak nak miss apa pesanan Kak Su untuk saya sampaikan kepada Puan Sabrina (gambar last saya sedang ambil gambar sambil bercakap dengan Kak Su).
Bantu sharekan post ini semoga lebih ramai ibu menyusu yang ada cabaran seperti ini bersemangat dan tidak putus asa. Amin.

