"Betul ke perut bayi sebesar guli ?"
YA BETUL, BAYI DILAHIRKAN DENGAN PERUT SEBESAR GULI SAHAJA. Alaaa, guli yang kita buat main dulu tu.. Kebanyakan mommies mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya, namun kenapa bayi masih meragam dan buat hal?
Biasanya akan dilihat dahulu bagaimana ‘milk transfer’ berlaku, adakah dalam keadaan baik? Adakah bayi mendapat susu yang mencukupi? Bayi yang baru dilahirkan masih menyesuaikan diri dan belajar menyusu, begitu juga mommies yang baru saja belajar menyusu bayi dan adakalanya ia menjejaskan proses milk transfer.
Jika semuanya baik, kenapa bayi masih meragam?
Kemungkinan besar juga sebenarnya bayi dalam proses adaptasi dari alam rahim ke alam dunia dan bayi memerlukan bantuan untuk proses ini.

