Tongue tie berlaku apabila tisu di bawah lidah bayi terlalu pendek atau ketat sehingga menghadkan pergerakan lidah.
Bagaimanakah Ia Boleh Mengganggu Penyusuan?
-
Masalah Lekapan: Bayi sukar melekap dengan baik pada payudara dan mudah terlepas daripada payudara semasa menyusu.
-
Kesan Pada Ibu: Puting ibu menjadi sakit, luka, atau melecet. Ibu juga berisiko mengalami bengkak susu, saluran susu tersumbat, atau penghasilan susu berkurangan kerana payudara tidak dikosongkan dengan efektif.
-
Kesan Pada Bayi: Bayi menyusu terlalu lama tetapi masih tidak puas, serta berat badan bayi meningkat dengan perlahan.
Namun, tidak semua bayi yang mempunyai tongue tie akan mengalami masalah penyusuan. Yang lebih penting ialah melihat fungsi lidah bayi dan keberkesanan penyusuan, bukan sekadar rupa bentuk tongue tie semata-mata.
Jika ibu mengalami kesakitan semasa menyusu atau bayi sukar melekap, dapatkan penilaian daripada profesional yang terlatih dalam penyusuan dan tongue tie.

