BARANG APA NAK BAWAK BALIK RAYA?

Written on 03/18/2026
numommalaysia


Dah nak raya dah ni mommies. Raya dengan baby kecil ni kena ada extra effort sikit. Iyalah, orang tua boleh tahan lapar. Tapi baby ni kalau dah tiba waktu menyusu, kita kena susukan. Kalau tak nanti mula lah meragam.

Jadinya, apa barang keperluan yang crucial untuk dibawa balik beraya nanti supaya kita boleh beraya dengan tenang?

  • Breastpump
    Breastpump ni mungkin la mommies rasa tak perlu. Tapi sebenarnya, ia penting untuk jadual pump susu mommies. Nanti nak ziarah banyak rumah, nak travel sana-sini. Seeloknya mommies pam susu ikut jadual penyusuan mommies. Jadinya jenis breastpump yang sesuai adalah yang mudah alih dan ringan. Macam Numom Go Pinky atau Numom Luxe ni. Sebab ianya tak bercorong jadinya bila pakai tu tak nampak bulky. Mommies nak pump waktu beraya atau masa dalam kereta pun boleh. Sebelum keluar beraya tu, pastikan bateri dah dicas penuh. 


  • Milk Storage Bags & Storage Bottles
    Bila dah pump, kenala ada tempat nak simpan. Ada macam-macam cara nak simpan. Samada guna storage bags atau storage bottles. Kalau mommies nak mudah, boleh guna storage bottles sebab nanti waktu menyusu boleh suap atau letakkan puting untuk susukan baby. Macam storage bottle Numom ni, bukan setakat boleh guna untuk simpan susu, kalau mommies nak pasangkan puting, boleh guna untuk susukan baby.
    Tapi kalau mommies rasa susu mommies banyak, guna storage bags lebih sesuai sebab ia lebih jimat ruang. Mommies isi susu mommies pump tadi dalam storage bags kemudian sebelum seal, mommies keluarkan dulu udara supaya bila seal, storage bags tu lebih kempis. Nak stack banyak-banyak dalam cooler bag nanti pun takde masalah. Sampai rumah, terus simpan dalam freezer


  • Nursing Cover
    Hari raya bila rumah penuh dengan saudara mara, atau tengah ziarah rumah orang, tiba-tiba masuk waktu menyusu. Kalau zaman dulu-dulu ibu menyusu ni kena bersembunyi atau kena palingkan badan. Tapi zaman sekarang ni dah ada nursing cover, tak perlu lagi dah nak minta izin keluar kejap atau tumpang bilik nak susukan baby. Sambil menyusu boleh sambung borak dengan saudara.

  • Cooler Bag & Ice Pack
    Kalau mommies tak susukan baby secara direct dan nak bagi baby susu melalui botol, jangan lupa bawa cooler bag dan ice pack. Sebab takut waktu beraya nanti cuaca panas sangat, susu yang mommies simpan lepas pump tadi jadi tak elok pula sebab tak disimpan dengan betul. Ice pack tu mommies kena bekukan dulu malam-malam, esoknya bila nak keluar beraya boleh bawa bersama dengan susu dalam storage bags. Kalau tak pun, gandingan cooler bag dan ice pack ni boleh guna untuk kekalkan nutrisi susu yang mommies pump waktu tengah beraya nanti.


  • Digital Milk Warmer
    Mommies tahu tak sebenarnya tak ada mudarat pun bagi baby susu sejuk. Tapi jangan la sejuk macam ada ais pula ya. Maksudnya susu tu suhu sejuk macam dalam bilik beraircond pun boleh diberi. Nak baca dengan lebih lanjut, klik sini numom://#!section=69682571&item=94780047
    Kemudian kalau tengah kat luar ni nak bagi baby susu hangat, macam mana pula? Takkan nak jemur pada matahari sampai hangat. Mommies juga boleh bawa digital milk warmer. Biasanya milk warmer ni ada had suhu untuk dihangatkan supaya bila panaskan susu nanti ia tak overheat dan susu jadi tak bernutrisi sebab denatured. Sebelum susukan baby, panaskan dulu susu dari cooler bag tadi. Bila dah hangat, boleh beri pada baby.