TIPS GUNA PAM MANUAL DENGAN CARA EFEKTIF

Written on 07/08/2026
numommalaysia


FAHAMI TEKNIK PAM MANUAL DENGAN BETUL: PENTINGNYA FASA STIMULASI DAN FASA EKSPRESI

Apabila mommies memilih untuk menggunakan pam manual untuk mengeluarkan susu, sangat penting untuk memahami bahawa proses ini juga memerlukan pendekatan yang betul supaya hasilnya lebih efektif. Pastikan mommies memulakan sesi dengan fasa rangsangan atau stimulation terlebih dahulu, diikuti dengan fasa perahan atau expression.

TEKNIK MENDAPATKAN FASA STIMULATION DAN FASA EXPRESSION SEMASA MENGGUNAKAN PAM MANUAL

Proses pengepaman yang berkesan perlu meniru cara semula jadi bayi menyusu, iaitu dimulakan dengan fasa rangsangan (stimulation phase), diikuti dengan fasa perahan (expression phase). Teknik ini membantu merangsang penghasilan dan pengaliran susu secara lebih efektif.

1. Fasa Stimulation (Massage / Rangsangan)

Fasa ini bertujuan merangsang penghasilan hormon oksitosin yang mencetuskan Let Down Reflex (LDR)  iaitu refleks yang menyebabkan susu mengalir keluar daripada saluran susu.

Langkah-langkah fasa rangsangan:

  • Urut payudara dengan lembut menggunakan hujung jari atau tapak tangan secara membulat dari arah luar ke puting selama 1-2 minit. Fokus pada bahagian atas, bawah, kiri dan kanan payudara.

  • Tepuk-tepuk ringan payudara untuk melancarkan peredaran darah dan menghantar isyarat kepada otak agar menghasilkan hormon penyusuan.

  • Pasangkan corong pam manual pada payudara, dan mulakan perahan dengan gerakan pendek dan laju — seolah-olah meniru hisapan bayi pada awal penyusuan. Tekanan tidak perlu terlalu kuat.

  • Lakukan gerakan ini selama 1–2 minit atau sehingga mommies mula nampak titisan susu atau aliran LDR berlaku. Matlamat fasa ini adalah untuk mengaktifkan LDR, bukan untuk terus mengosongkan payudara.

2. Fasa Expression (Perahan)

Selepas LDR berlaku (biasanya ditandai dengan aliran susu yang keluar dengan lebih deras atau menitik secara konsisten), ibu boleh teruskan ke fasa kedua, iaitu expression  untuk mengeluarkan susu secara maksimum.

Langkah-langkah fasa perahan:

  • Tukar gaya mengepam kepada tekanan yang lebih perlahan tetapi lebih dalam. Gerakan tangan boleh dikurangkan sedikit kelajuannya, tetapi pastikan tetap konsisten.

  • Tekan pemegang pam dengan sepenuhnya, dan lepaskan secara berirama. Gerakan ini seolah-olah meniru hisapan bayi yang semakin perlahan apabila susu sudah mula mengalir.

  • Gabungkan dengan teknik breast compression iaitu menekan perlahan-lahan payudara dengan tangan semasa mengepam untuk bantu kosongkan lebih banyak susu dari setiap lobul.

  • Lakukan sehingga aliran susu mula perlahan atau berhenti, atau sehingga mommies rasa payudara sudah ringan dan kurang tegang.



KELEBIHAN MENGGUNAKAN PAM MANUAL

Boleh mengawal kelajuan dan ritma perahan mengikut keselesaan sendiri Berbeza dengan pam elektrik yang mempunyai tetapan kelajuan automatik, pam manual memberi mommies kebebasan sepenuhnya untuk menentukan sendiri kelajuan dan kekuatan perahan. 

Boleh melakukan teknik breast compression semasa mengepam Salah satu kelebihan besar pam manual ialah ibu boleh dengan mudah melakukan breast compression (tekanan lembut pada payudara) semasa memerah. Teknik ini membantu merangsang aliran susu dengan lebih lancar dan cepat

Memberikan kepuasan emosi apabila melihat Let Down Reflex (LDR) berlaku secara langsung Ramai mommies merasa teruja dan lebih bersemangat apabila mereka dapat melihat sendiri Let Down Reflex (LDR)  iaitu aliran susu yang keluar dengan laju sebaik saja refleks pengeluaran susu berlaku. Dalam situasi ini, mommies boleh terus menggunakan gaya perahan expression yang betul bagi memaksimumkan pengeluaran susu semasa fasa LDR berlangsung.