Penyusuan susu ibu adalah pemakanan paling selamat kepada bayi ketika bencana (banjir).
✅ Ibu perlu diberi keyakinan dan sokongan untuk meneruskan penyusuan susu ibu tanpa perlu menggantikan dengan susu formula.
✅ Bagi ibu yang memberikan susu formula, disarankan oleh WHO untuk memberikan susu bayi sedia diminum (ready-to-drink)
Antara bantuan yang boleh diberikan oleh NGO kepada ibu ketika banjir:
➡️ Kain sarong / nursing cover (untuk keselesaan menyusu)
➡️ Makanan tinggi tenaga
➡️ Makanan penggalak susu
➡️ Air/minuman yang mencukupi
➡️ Tempat tertutup (ruang privasi) untuk ibu menyusu
➡️ Sokongan moral untuk meneruskan penyusuan
Semasa banjir 2014, UNICEF Malaysia membekalkan biskut tenaga tinggi yang berkhasiat. Makanan ini bukan sahaja untuk tenaga, malah mampu menggalakkan penyusuan
✅ Kerapkan penyusuan secara terus (diect feeding) dan mengurangkan penggunaan botol kerana botol boleh menyebabkan jangkitan kuman sekiranya tiada sumber air yang bersih untuk mencuci.
✅ Bagi ibu-ibu yang selamat dari bencana dan berhasrat untuk menyusukan bayi semula, boleh lakukan relaktasi sebagai langkah persediaan mengadakan semula susu (jika ibu dah berhenti menyusu).
Sumber dari: Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman.
Nad Masrom
Kaunselor Laktasi Bertauliah

