Susu tak keluar; nak guna Lecithin ke Choline?
Susu mommies tak banyak? Adakah mommies rasa dah tak ada susu? Sabar. Kita cari punca dulu kenapa. Mungkin ia cuma masalah saluran susu tersumbat (clogged duct). Bila saluran tersebut tersumbat, susu jadi susah nak keluar dan terkumpul di satu kawasan. Clogged duct terjadi disebabkan penyempitan/pengecilan saluran susu. Bila saluran susu menyempit, aliran susu untuk keluar jadi kurang efisien. Kalau berlanjutan, ia mungkin melarat menjadi mastitis.
Macam mana nak tahu mommies tengah alami clogged duct?
-
Rasa benjolan kecil / kawasan keras pada payudara.
-
Rasa sakit atau tidak selesa bila ditekan.
-
Susu kurang keluar pada breast terlibat.
Kadang-kadang mommies akan jumpa tips untuk gunakan lecithin. Walaupun ia adalah satu cadangan yang popular tapi mommies kena tahu yang lecithin ada limitasi.
Lecithin bertindak mencampurkan lemak dan susu ibu supaya 'aliran' susu menjadi lancar. Tapi, kajian menunjukkan bahan pengemulsi dalam makanan boleh mempengaruhi mikrobiota usus kita di mana keseimbangan antara bakteria baik dan jahat dalam usus boleh terganggu. Ini boleh mengakibatkan keradangan.
Walaupun mommies tak pernah dengar ada orang gunakan choline, tapi ia adalah solusi yang lebih sesuai bila berlaku pengecutan salur susu kerana:
-
Membantu dinding sel berfungsi dengan baik dan menjaga tisu supaya kuat.
-
Membantu lemak bergerak dalam badan dan mempengaruhi kandungan susu.
-
Lebih sesuai untuk menyokong badan bila ada masalah keradangan (badan jadi panas atau bengkak di dalam).
Lecithin pula hanya bertindak macam plaster sementara – ia tutup masalah sekejap, tetapi tidak betul-betul cari dan selesaikan punca sebenar keradangan itu.
Kalau mommies guna lecithin, ia bukan salah. Cuma mommies mungkin tak dapat gambaran penuh. Lecithin bunga matahari memang selalu jadi pilihan utama bila ada masalah saluran susu tersumbat. Tapi kalau masalah tersumbat itu asyik berulang, ia biasanya perlukan lebih daripada sekadar bantuan untuk mencampurkan lemak (emulsifying).
Sokongan berasaskan kolina (choline-forward) direka khas untuk ibu yang selalu alami saluran tersumbat atau mudah kena mastitis. Ia bukan sekadar tampalan sementara, tetapi bantu juga menangani punca sebenar masalah seperti keradangan dan keseimbangan bakteria.

