TUKANG URUT DAN SUSU FORMULA? JANGAN TERPEDAYA !

Written on 02/05/2026
numommalaysia


Pernah tak masa tengah berurut, tukang urut suruh bagi bayi susu formula sebab ibu tak boleh susukan bayi?

A BIG NO !!!

Ada 5 risiko besar yang mommies wajib tahu. Baca sampai habis:

1. Top-up Trap
Bila mula “top-up” dengan susu formula, ibu akan mula bergantung padanya. Bayi pun akan kurang menyusu di payudara. Ingat ya, less demand = less supply. Lama-lama, susu ibu merudum dan penyusuan eksklusif gagal.

2. Bayi Keliru Puting
Biasanya susu formula diberi guna botol. Aliran susu botol lebih laju, jadi bayi akan memilih botol berbanding payudara. Akibatnya, bayi meragam bila nak menyusu badan.

3. Bengkak Susu
Kurang menyusu, keliru puting, aliran susu tak lancar, dan bergantung pada pam semata-mata boleh menyebabkan bengkak susu awal kelahiran. Sakitnya bukan main!

4. Hilang Keyakinan Diri
Bila terbiasa beri susu formula dalam jumlah banyak, ibu akan rasa ragu sama ada susu badan cukup untuk bayi. Keyakinan pun mula hilang.

5. Risiko Alahan
Bayi berisiko muntah, cirit-birit, sembelit, ruam teruk atau alahan lain akibat susu formula. Ada ibu terpaksa tukar-tukar jenama untuk keserasian, sedangkan dalam susu ibu sudah tersedia antibodi semula jadi.

Ingat ya mommies, masa berurut atau berpantang, jangan mudah terpengaruh dengan nasihat yang boleh menjejaskan penyusuan. Pastikan setiap langkah yang diambil selamat untuk ibu dan bayi.