KELEBIHAN SUSU IBU UNTUK BAYI PRAMATANG

Written on 05/28/2026
numommalaysia


Assalammualaikum dan hai mommies kesayangan semua! 🌸

Pernah tak mommies terfikir, betapa hebatnya aturan Allah pada tubuh badan kita? Ada satu fakta yang sangat menyentuh hati saya sebagai seorang kaunselor laktasi: tubuh seorang ibu sebenarnya sangat "pintar" dan sentiasa berkomunikasi dengan bayinya.

Harini saya nak kongsikan satu keajaiban buat mommies-mommies yang melahirkan bayi pramatang (preterm baby). Tahu tak, susu yang mommies hasilkan untuk bayi pramatang sebenarnya tak sama dengan susu untuk bayi cukup bulan?

Susu Ibu: "Custom-Made" Dari Hati

Subhanallah, susu mommies ni adalah satu-satunya makanan di dunia yang bersifat custom-made atau dibuat khas mengikut keperluan bayi secara individu. Tubuh mommies 'tahu' bila bayinya keluar lebih awal, lalu ia mengubah komposisi susunya untuk membantu bayinya berjuang!

Kenapa Susu Untuk Bayi Pramatang Ni Sangat Istimewa?

  1. Lebih Padat Kalori & Lemak: Bayi pramatang sangat perlukan tenaga ekstra untuk membesar dan naikkan berat badan dengan stabil. Jadi, badan mommies akan hasilkan susu yang lebih tinggi kalori dan lemak berbanding susu biasa. Hebat kan?

  2. Perisai Pertahanan (Enzim Lisozim) Yang Tinggi: Kita tahu bayi pramatang ni sistem imunnya belum kuat. Sebab itu, susu mommies untuk mereka kaya dengan enzim antimikrob seperti Lisozim. Enzim ni tugasnya macam "askar" yang melindungi si kecil daripada jangkitan kuman dan virus.

  3. Mesra Perut & Mudah Dihadam: Sistem pencernaan bayi pramatang sangat sensitif. Susu mommies adalah pilihan terbaik sebab ia sangat lembut pada usus, mudah dihadam, dan mengurangkan risiko jangkitan usus yang berbahaya.



Pesanan Ikhlas Dari Saya 

Buat mommies yang ada bayi di NICU atau lahir tidak cukup bulan, mungkin mommies rasa sedih atau stress sebab tak dapat peluk bayi selalu. Tapi ingatlah, walaupun mungkin susu yang keluar tu nampak sedikit pada awalnya, jangan pandang rendah pada setiap titisan tu.

Tips : Setiap titis susu mommies itu bukan sekadar makanan, tapi ia adalah "ubat" dan "penawar" yang paling mujarab buat si kecil anda. Ia membawa doa dan perlindungan yang susu rumusan tak boleh bagi.

Sungguh menakjubkan ciptaan Tuhan, kan? Tubuh kita menyesuaikan segalanya demi memberi peluang terbaik untuk si kecil membesar sihat dan kuat. Teruskan bersemangat ya mommies-mommies semua !