Mommies yang baru lepas bersalin mesti ada rasa risau, sedih, malah ada yang sampai menangis sebab rasa susu tak ada atau "susu sikit sangat" pada hari-hari awal.
Sebenarnya, itu adalah proses yang sangat normal! Tubuh kita ni direka dengan sangat teliti oleh Allah mengikut keperluan bayi. Jom saya kongsikan fasa penghasilan susu supaya mommies lebih tenang dan tak stress lagi ya.
1. Fasa Kolostrum (Hari ke-1 hingga ke-3)
Ini adalah "emas cair" pertama untuk anak kita.
-
Kuantiti: Memang sikit sangat, sekitar 5ml ke 10ml saja. Tapi jangan risau, perut bayi masa ni pun sebesar biji guli saja. Jadi, 5ml tu dah penuh dah perut dia!
-
Rupa: Warnanya pekat kekuningan (ada juga yang jingga atau kehijauan) dan teksturnya likat. Ia kaya dengan antibodi untuk lindungi usus bayi.
2. Fasa Susu Perantara/Peralihan (Hari ke-3 hingga ke-7)
Masa ni mommies akan mula rasa payudara makin penuh atau bengkak sikit.
-
Kuantiti: Dah mula bertambah kepada 22ml hingga 27ml.
-
Rupa: Masih kekuningan tapi tak selikat kolostrum tadi. Ini tandanya kilang susu mommies dah mula nak "pecut" pengeluaran!
3. Fasa Susu Matang (Selepas Seminggu)
Biasanya selepas 7 hingga 14 hari, barulah susu matang dihasilkan sepenuhnya.
-
Kuantiti: Kuantitinya makin banyak (80ml - 90ml) sebab perut bayi pun dah makin besar.
-
Rupa: Warnanya putih dan ada dua komponen iaitu foremilk dan hindmilk. Susu matang ni lebih tinggi lemak dan karbohidrat untuk bantu bayi naik berat dengan cantik.
Kuantiti susu matang ni sangat bergantung kepada konsep "Demand & Supply".
Jadi, sekarang mommies-mommies dah faham kan kenapa awal-awal dulu nampak sikit? Bukan sebab mommies tak ada susu, tapi sebab perut si kecil tu memang kecil sangat lagi!
Teruskan menyusu dengan kerap, jaga lekapan, dan yang paling penting... Yakin diri. Mommies boleh!

