ISTILAH GAGAL DALAM PENYUSUAN NI SEBENARNYA TAK WUJUD.
Baca sampai habis dahulu apa saya mahu kongsikan.
Saya ada bertanya pendapat mommies tidak lama dahulu mengenai isu ini. Apa yang menyebabkan mommies rasa gagal dalam penyusuan? Ramai yang memberi jawapan kerana ‘kata-kata orang lain’.
Cuba bayangkan kalau setiap rutin dijadikan perbandingan untuk tengok aspek kegagalan (bukan setakat menyusu tapi cara masak, lipat baju, pakai tudung dan lain-lain) maka makin stresslah kita sebab asyik ‘gagal’ sahaja. So siapa yang label gagal ni sebenarnya? Orang lain mungkin persoalkan apa yang kita buat. Tapi selalunya yang melabel diri sebagai gagal ni ialah DIRI KITA SENDIRI!
Hakikatnya kita bukan gagal, cuma belum berjaya. Kita sendiri kena ubah persepsi ini dan usah meletakkan semua kegagalan di atas bahu sendiri. Jika orang lain yang melabel kita, abaikan mulut puaka ini dengan menjauhi mereka dan carilah circle yang supportive.
Hakikatnya ramai mommies yang ada ilmu tapi belum bersedia. Bersedia dari segi apa? Emosi, fizikal dan minda.
Minda ni paling mencabar sebab ia berkait rapat dengan keadaan emosi dan fizikal kita. Bila badan penat tak cukup tidur, emosi mula tak stabil. Masa tu otak dah mula celaru dan perasaan nak putus asa tu sentiasa datang. Mommies-mommies perlu tanya diri, selama kita berkahwin dan mengambil keputusan untuk menjadi ibu ayah, adakah kita benar-benar bersedia?
Jadi ibu-ibu, kita bukan gagal. Cuma belum berjaya. Jika kita dah buat keputusan yang terbaik, kenapa masih nak rasa sebagai ibu yang gagal? Adakah kerana kita mula rasa bersalah dan cuba meletakkan salah itu kepada orang lain?
Jom perbaiki persepsi dan tidak melabel diri sebagai ibu yang gagal lagi.

