RAMAI MOMMIES YANG TERTANYA MENGENAI SARANAN JADUAL PAM SUSU APABILA KEMBALI BEKERJA ATAU SEMASA CUTI BERSALIN UNTUK DIJADIKAN STOK SUSU PERAHAN.
‘Macam mana nak perah susu’ ‘Bila waktu yang sesuai untuk memerah susu sambil menyusui bayi?’
Dan ramai juga bimbang apabila susu yang diperah nilainya nampak SEDIKIT bila pam. Macam mana nak buat stok susu kalau sikitkan? Alahai, dilemanya!
Sebenarnya NORMAL kalau awal kelahiran susu kelihatan sedikit. Sebab saiz perut bayi pun masih lagi KECIL. Jika dapat 1-2oz pada peringkat awal kelahiran itu normal sahaja. Buktinya jika kita lihat najis bayi warna kuning mustard, air kencing kuning cair, itu tanda bayi dapat SUSU YANG CUKUP.
Sebaiknya pada bulan pertama ibu fokuskan kepada penyusuan terus di payudara jika bayi sentiasa bersama mommies. Masa ini juga mommies boleh manfaatkan dengan memahami ragam bayi dan mengapa bayi menangis (bukan sebab tak cukup susu sahaja).
Tetapi seandainya mommies dan bayi dipisahkan contohnya seperti bayi dimasukkan ke wad, mommies tidak bersama dengan bayi, pamlah susu untuk bekalkan susu perahan buat bayi di wad.
Selepas bayi berusia sebulan, mommies boleh mula memerah susu sebagai stok. Itu pun bukan secara berjadual. Lakukan dengan santai saja, mulakan dalam 1-2 sesi sahaja sehari. Jika dapat dalam 1-2 oz normal sahaja untuk permulaan.
Kalau 30 hari x 2oz x 2 sesi = 120oz (banyak dah ni tak muat peti ais 2 pintu
Untuk mommies yang sudah kembali bekerja, perlu ada rutin memerah susu. Buat jadual dengan jarak pam lebih kurang 3-4 jam mengikut kesesuaian ketika bekerja. Jika mahu kerapkan pun boleh jika mommies rasa kuantiti susu yang dapat diperah dengan jarak 3-4 jam tidak mencukupi untuk bekalan stok susu perahan.
Andai kata mommies menyusun jadual pam susu 3 jam sekali, jadual sesi pam susu mungkin seperti berikut:
-
Sesi 1: 8:00 AM
-
Sesi 2: 11:00 AM
-
Sesi 3: 2:00 PM
-
Sesi 4: 5:00 PM
Ini cadangan sahaja. Mommies boleh sesuaikan ikut situasi dan jadual harian mommies. Ibu boleh juga pam sewaktu memandu pergi kerja atau balik jika jarak perjalanan agak jauh.

