JAWAPANNYA: BOLEH.
Susu ibu yang disimpan di dalam peti sejuk tidak wajib dipanaskan sebelum diberikan kepada bayi.
Jika bayi tidak kisah dengan suhu susu yang sejuk, ibu boleh terus memberikannya. Ramai ibu memilih untuk memanaskan susu kerana bayi lebih menyukainya, bukan kerana ia satu keperluan.
Namun, jangan panaskan susu ibu menggunakan api atau ketuhar gelombang mikro (microwave) kerana haba yang tidak sekata boleh merosakkan sebahagian komponen bioaktif dalam susu dan mewujudkan “hot spots” yang boleh melecurkan mulut bayi.
Jadi, kalau bayi anda selesa minum susu yang sejuk, itu juga tidak menjadi masalah.

